Tarikh : 3 Ogos 2018 (Jumaat) YB DR. ONG KIAN MING
Pada 3 Ogos 2018, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan prestasi PKS pada tahun 2017. Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri MITI iaitu YB Tuan Darell Leiking. Tujuan sidang media ini diadakan adalah bagi mengumumkan prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun 2017 dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), eksport dan guna tenaga. Sidang media ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI, YB Dr. Ong Kian Ming; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim; Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk Isham Ishak dan Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Perkhidmatan DOSM, YBrs. Encik Zainuddin Ahmad. |
||
|
||
Menteri MITI YB Tuan Darell Leiking mengumumkan prestasi PKS bagi tahun 2017. |
||
YB Tuan Darell Leiking ditemubual oleh media. |
||
Dari kiri: Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk Isham Ishak; Timbalan Menteri MITI, YB Dr. Ong Kian Ming, Menteri MITI, YB. Tuan Darell Leiking, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim dan Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Perkhidmatan DOSM, YBrs. Encik Zainuddin Ahmad |