Bahasa: Lain-lain

Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan MED

Tarikh                                : 15 Oktober 2018, Isnin
Tempat                              : Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia
Tetamu Kehormat             :  YB Mohd Redzuan Md Yusof
                                               Menteri MED

                                         

Pada 15 Oktober 2018, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah  melancarkan Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) bertempat di SME Corp. Malaysia. PSK yang berkonsepkan pusat fizikal merupakan platform penyebaran maklumat kepada usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Majlis Pelancaran PSK MED ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

 

PSK ini yang merupakan pusat rujukan setempat berperanan sebagai pusat penyimpanan data serta mengumpul maklumbalas dan memberi khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan. Bertempat di Hab PKS yang terletak di ibu pejabat SME Corp. Malaysia di Platinum Sentral, Kuala Lumpur sebagai lokasi induk, PSK  menempatkan kaunter penerangan agensi-agensi di bawah MED seperti SME Bank, TEKUN Nasional, Bank Rakyat, INSKEN, UDA Holdings, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi memberikan khidmat nasihat dan fasilitasi kepada para usahawan dan PKS. Selain dari Hab PKS, terdapat lima (5) lokasi lain yang akan menempatkan Mini PSK secara fizikal; iaitu Melaka, Alor Setar, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Pada majlis yang sama turut diadakan perasmian bagi siri Seminar BizRev anjuran Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis) bersama rakan strategik lain antaranya LHDNM, Touch ‘n Go, Focus Malaysia dan Unifi.

 

Ucapan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan

 

Tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawanan MED (dari kiri) :

  1. YBrs. Encik Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif I, SME Corp. Malaysia
  2. YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
  3. YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan
  4. YBrs. Puan Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan
  5. YBhg. Dato’ Lawrence Low, Pengasas, Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis)
 

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan merasmikan Seminar BizRev

 

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan bergambar di hadapan
Pusat Sehenti Keusahawanan @Hab PKS bersama-sama YB Dr. Mohd Hatta Md. Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

 

YB Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan menandatangani plak sebagai simbolik merasmikan
Pusat Sehenti Keusahawanan MED @Hab PKS.

 

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan melawat Pusat Sehenti Keusahawanan MED yang menempatkan
kaunter penerangan agensi-agensi di bawah MED

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI