Tarikh : 30 Januari 2020 (Khamis)
YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melancarkan dua program iaitu SMEs Go Global dan SME Co-Investment Partner (SCIP) bagi meningkatkan akses PKS tempatan kepada pembiayaan dan pasaran. Program ini akan dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). |
|
|
Majlis pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) di antara SME Corp. Malaysia dan Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd. turut diadakan. Kerjasama ini bertujuan untuk menerapkan elemen ICT dan Digitalisasi kepada PKS. Skop kerjasama ini merangkumi penyediaan khidmat nasihat dan sokongan teknikal, penyelesaian digital serta strategi dan amalan terbaik dalam bidang ICT. |