Bahasa: Lain-lain

Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan

Di bawah Program Micro Connector oleh SME Corp. Malaysia, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd. selaku salah satu Rakan Penyedia Perkhidmatan telah mengadakan Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan pada 28 Mac 2022. Program ini yang melatih perusahaan mikro dan komuniti inklusif terutamanya golongan wanita, ibu tunggal serta B40 untuk memperoleh kemahiran dalam bidang kecantikan dan seterusnya menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan adalah merupakan kesinambungan daripada Program Sentuhan Kecantikan Menjana Pendapatan yang telah diadakan pada tahun lepas.

 

Para peserta Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan diajar dan didedahkan dengan teknik solekan lanjutan (advance makeup), solekan pentas (stage makeup), solekan kesan khas (special effects makeup) dan solekan hijab serta tutorial turban oleh beberapa jurusolek profesional yang terkenal seperti Sheila Muhamad, Tym Fatimah dan El Manda Zuhairy. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia.

 

1

En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia naik ke pentas diiringi oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

2

Tetamu Kehormat Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia (tengah) bersama Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan (kiri) dan Pn. Reen Desa, Pengarah Eksekutif (kanan), Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

3

Ucapan aluan oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan, Tri-D Event and Management Sdn. Bhd. pada Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

4 5

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

6

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menandatangani plak perasmian sambil diisaksikan oleh Pn. Hjh. Sarina Sharif, Pengarah Urusan (kanan) dan Pn. Reen Desa, Pengarah Eksekutif (kiri), Tri-D Event and Management Sdn. Bhd.

 

7

8

Para peserta Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan diajar mengenai teknik solekan kesan khas (special effects makeup).

 

9

11

En. Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia melawat reruai Pn. Dasyariwani Sariah iaitu salah seorang peserta ‘Program Sentuhan Kecantikan Menjana Pendapatan’ tahun lalu yang telah berjaya meningkatkan pendapatan dan meluaskan rangkaian perniagaannya menerusi produk kosmetik keluaran syarikatnya sendiri.

 

12

 

13

Tetamu, jemputan dan peserta pada Majlis Perasmian Program Pencinta Kecantikan Menjana Pendapatan.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI