Bahasa: Lain-lain

Penyampaian Simbolik Geran Pembiayaan Kepada Rakan Penyedia Perkhidmatan Berstatus Perusahaan Sosial Bersempena Dengan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030)

Tarikh: 23 April 2022 (Sabtu)
Tempat: LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp. Malaysia telah melaksanakan 12 projek berteraskan perusahaan sosial (SE) melalui dua (2) program iaitu Program Peningkatan Perusahaan Sosial Asas dan Program Micro Connector. Ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu komuniti inklusif termasuk golongan B40, belia, wanita, orang kelainan upaya (OKU), bekas banduan, Orang Asli dan sebagainya bagi menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

Pelaksanaan projek berteraskan perusahaan sosial bagi tahun 2021 dan 2022 ini memberi manfaat kepada 490 orang peserta menerusi latihan dan bimbingan berbentuk kemahiran kompetitif dan kemahiran teknikal yang disediakan oleh 12 Rakan Penyedia Perkhidmatan berstatus SE yang dilantik.

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) oleh KUSKOP, SME Corp. Malaysia telah memberikan pengiktirafan kepada kesemua Rakan Penyedia Perkhidmatan yang terlibat dengan penyampaian simbolik geran pembiayaan sebagai tanda penghargaan yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

1

Ucapan Aluan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

2

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri menyampaikan Ucapan pada Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

3

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melancarkan SEMy2030 dan disaksikan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad.

 

4

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Wan Hasaharizan bin Wan Hussain, Pengarah Urusan, IBOSS Innovatives Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Keusahawanan Bisnes Ekonomi Gig untuk OKU & B40”

 

5

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Atar Singh a/l S Jarnail Singh, Pengarah Urusan, Infinite Minds Academy Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Kursus Memperkasa Belia Kurang Upaya dalam Bidang Ekonomi Gig”

 

6

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Nurlina binti Hussin, Ketua Pegawai Operasi, Inspiracomm Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Kemahiran Keusahawanan Belia Orang Asli”

 

7

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Riverside Travel & Tours Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Bimbingan Keusahawanan Eko-pelancongan”.

 

8

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Nur’ Atirah binti Razali, Pengarah, Superb Innovative Skills Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Jahitan Jaya PKS 1.0”

 

9

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Blair & Associates Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Bimbingan Keusahawanan Produk Batik”.

 

10

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Makanan Serangga Borneo”.

 

11

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Yap Sue Yii, Pengarah Urusan Rodrell Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Kemahiran Kraf Berasaskan Kertas”.

 

12

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada En. Khairul Hakimin bin Sahariman, Pengarah Urusan, Kampungstay Holiday Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Projek Peningkatan Pelancongan Luar Bandar”.

 

13

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada Pn. Zamzana binti Mohd Arifin, Pengarah Urusan, Win Quaters Sdn. Bhd. yang melaksanakan “Kursus Terapis Postnatum Profesional dan Berinovasi Sosial Pantangplus”.

 

14

YAB Perdana Menteri menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Pepper Labs Sdn. Bhd. yang melaksanakan kursus “Memperkasa Komuniti B40 menerusi Pendigitalan dalam F&B”.

 

15

YAB Perdana Menteri menyerahkan menyerahkan simbolik geran pembiayaan kepada wakil Saora Industries Sdn. Bhd. yang melaksanakan projek “Pertanian Pintar Bandar”.

 

16

Rakan Penyedia Perkhidmatan berstatus SE bergambar bersama Dato' Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi, SME Corp. Malaysia (enam dari kanan) dan En. Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia (lima dari kanan) selepas Majlis Pelancaran SEMy2030.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI