Bahasa: Lain-lain

Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif

SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) pada 2 Ogos 2022 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Objektif Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 adalah untuk memberi inspirasi kepada komuniti inklusif secara amnya terutama yang terkesan akibat COVID-19 untuk bangkit semula dan membina kembali perniagaan mereka. Majlis Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

 

Bersempena dengan Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah ini, kick-off bagi projek rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) turut diadakan. Projek rintis ini bertujuan untuk membangunkan perusahaan mikro serta komuniti inklusif berpotensi termasuk B40, wanita, belia, OKU, Orang Asli dan sebagainya bagi menjana pendapatan secara diintegrasikan dalam rantaian nilai atau rantaian bekalan. SME Corp. Malaysia telah melantik empat Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk melaksanakan Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif, SP-IB tersebut adalah:

  • Farm Fresh Berhad menerusi “Projek Pembangunan Usahawan IB Farm Fresh dan Principal Home-Dealer”;
  • Serai Malaya Sdn. Bhd. menerusi “Projek IB Serai Malaya";
  • Pepper Labs Sdn. Bhd. menerusi “Projek Rintis IB dalam Sektor F&B”; dan
  • Mostwell Sdn. Bhd. menerusi “Projek Keusahawanan IB menerusi Teknik Natural Dye dan Eco Printing”.

 

Tonton rakaman video Majlis Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah & Kick-off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI).


 

 

jui1

YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia menyampaikan Ucapan  Aluan

 

jui2

Ucapan Perasmian Program Jelajah Usahawan Inklusif (JUI) 2022 Zon Tengah &  Kick-Off Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, KUSKOP

 

jui3

Ketua Setiausaha KUSKOP bersama empat Syarikat Prinsipal IB yang dilantik

(Dari kiri) Pn. Parimalar Devi, Pengarah Projek, Pepper Labs Sdn. Bhd.; En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; YBhg. Dato’ Hjh Faridah binti Ab. Jabbar, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia; YBhg. Dato' Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia; En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad; dan Pn. Fully Chye Goet Lee, Pengarah Urusan, Mostwell Sdn. Bhd.  

 

jui4

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Farm Fresh Berhad diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia dan En. Azmi Zainal,
Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad

 

jui5

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Serai Malaya Sdn. Bhd. diiringi oleh Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia dan En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.

 

jui6

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Mostwell Sdn. Bhd.  diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Anggota Perbadanan SME Corp. Malaysia, dan Pn. Fully Chye Goet Lee, Pengarah Urusan, Mostwell Sdn. Bhd.  

 

jui7

Ketua Setiausaha KUSKOP melawat reruai mini Pepper Labs Sdn. Bhd. diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia dan Pn. Parimalar Devi, Pengarah Projek, Pepper Labs Sdn. Bhd. 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI