Bahasa: Lain-lain

MAJLIS GRADUASI PROGRAM GROWBIZ

SME Corp. Malaysia telah menganjurkan Majlis Graduasi Program GrowBiz yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 9 November 2022 di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 50 orang peserta Program GrowBiz yang telah berjaya menamatkan Program yang mengambil masa setahun.

Program GrowBiz merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) khusus bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi bimbingan kepada peserta dalam kalangan perusahaan mikro dari seluruh negara untuk menaiktaraf perniagaan mereka daripada syarikat bersaiz mikro kepada kecil di samping meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat. Program perintis ini dilaksanakan oleh Rakan Pelaksana yang dilantik iaitu Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI) menggunakan pendekatan hand holding ke atas perusahaan mikro yang merangkumi elemen latihan, coaching dan pemantauan untuk membimbing perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia telah menyampaikan Ucapan Aluan dalam Majlis ini diikuti dengan Amanat oleh YBhg. Dato’ Suriani binti Dato’ Ahmad seterusnya Majlis Penyampaian Skrol Graduasi kepada peserta Program GrowBiz.

G1

G2

G3

G4

G5

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI