En. Mohd Izham Abdullah
-
Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat SME Corp. Malaysia;
-
Memperkemas dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
-
Membangun, mengendali dan mengurus system dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
-
Menentu hala tuju system aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
-
Memelihara integrity data elektronik menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada di dalam atau di luar SME Corp. Malaysia;
-
Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausahan atau Ketua Pegawai Eksekutif;
-
Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik SME Corp. Malaysia dan bertindak sebagai dan perintis perubahan (champion of change);
-
Memimpin dan melibatkan SME Corp. Malaysia dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sector awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam;
-
Melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan aset ICT SME Corp. Malaysia;
-
Menentukan keperluan keselamatan ICT; dan
-
Membangun dan menyelaras pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.