< back >
Berpengkalan di Kuching Sarawak, Fly Technology Agriculture Sdn. Bhd. diasaskan menerusi kesedaran terhadap pengurusan sisa makanan yang lemah, mengakibatkan kerosakan dan seterusnya pembaziran makanan. Fly Tech mencetuskan satu revolusi dalam penyelesaian masalah ini menerusi penternakan lalat Black Soldier. Penternakan lalat Black Soldier merangkumi ekonomi kitaran. Larva lalat Black Soldier ini menjadikan sisa organik sebagai makanan seperti lebihan makanan yang mana ia merupakan sumber protein utama bagi ternakan ayam dan itik, ikan dan juga makanan haiwan. Memandangkan sisa buangan makanan merupakan sumber makanan bagi larva lalat Black Soldier, kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah dan isu persekitaran dapat dikurangkan. Sewaktu Fly Tech menjalinkan kerjasama dengan komuniti untuk mempromosi kesedaran terhadap pembuangan sisa makanan, syarikat mendapati sejumlah besar hasil tani yang terabai dan tidak diusahakan seperti buah pisang. Sejurus selepas itu, Fly Tech merangka program yang menjadi satu projek komuniti bagi merangsang aktiviti pertanian dalam komuniti luar bandar yang menjurus kepada pengeluaran pertanian mampan dan menjana pendapatan yang saksama. Hasilnya, status ekonomi komuniti tersebut ditingkatkan menerusi pendapatan tambahan dengan menjadi pembekal kerepek pisang kepada Fly Tech.