Apa itu Perniagaan Inklusif (IB)
Berdasarkan ASEAN Inclusive Business Framework (AIBF) yang telah disahkan pada 2017, Model Perniagaan Inklusif (Inclusive Business - IB) merupakan perniagaan yang menyediakan barangan, perkhidmatan dan mata pencarian berdaya maju secara komersial, sama ada pada skala atau berskala, kepada golongan yang berada di dasar piramid ekonomi (bottom of pyramid - BoP), menjadikan mereka sebahagian daripada rantaian nilai perniagaan teras syarikat sama ada sebagai pengguna (pelanggan), pengeluar, pembekal, pengedar dan peruncit).
Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI)
Dilancarkan pada Ogos 2022 sebagai projek rintis, Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VDCI) bertujuan membantu meningkatkan perusahaan mikro dan komuniti inklusif berpotensi termasuk B40 dan sebagainya untuk menjana pendapatan secara diintegrasikan dalam rantaian nilai / bekalan Syarikat Prinsipal IB (SP-IB) yang dikenalpasti dalam kalangan PKS dan syarikat bersaiz besar yang menerapkan elemen IB dalam menyediakan intervensi bersesuaian kepada kumpulan sasar.
Mekanisma Pelaksanaan
- Coaching diberikan kepada syarikat yang berpotensi sebagai Syarikat Prinsipal IB (SP-IB) dan membantu mereka untuk merangka model IB dalam perniagaan sebelum dilantik sebagai SP-IB
- SP-IB yang dilantik memberi latihan kepada komunit inklusif dan memastikan pematuhan kepada kaedah pelaksanaan projek IB
- Pemantauan ke atas SP-IB dan komuniti inklusif dalam pelaksanaan projek
Projek IB
Kaedah sinergi ke arah pelaksanaan projek menerusi intervensi kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan sektor swasta. Intervensi adalah berbeza-beza mengikut projek yang dilaksanakan oleh syarikat anchor bagi mengintegrasi komuniti inklusif ke dalam rantaian nilai/bekalan
- Projek Pembangunan Usahawan IB Farm Fresh
- Projek IB Serai Malaya
- Projek Rintis IB dalam Sektor F&B
- Projek Keusahawanan IB menerusi Teknik Natural Dye dan Eco Printing
- Projek IB Kebun Herba Komuniti Luar Bandar
- Projek IB Akuakultur Udang Galah
- Projek IB Ternakan Arnab Daging
- Projek IB Rekaan Motif Etnik Sabah
- Women Sewing Community IB Project
- Rural Community Snack Food IB Project
Sertai kami sebagai Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) dengan mengisi maklumat syarikat anda di pautan https://tinyurl.com/rfi-ibvcdi
Perlukan sebarang penjelasan atau ingin membentangkan cadangan projek? Kami sedia membantu. Hubungi kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..