Bahasa: Lain-lain

SME Corp Lancar Tube Siri Kedua Akhir Nov

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan, melalui SME Corp, akan melancarkan siri kedua tabung Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) akhir bulan ini dengan peruntukan RM10 juta, kata Datuk Ahmad Maslan.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, tabung tersebut akan dilancarkan serentak di seluruh Malaysia."Setiap geran di bawah siri kedua TUBE ini mempunyai nilai maksimum RM15,000," katanya kepada wartawan selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan SME-University Intership 2015 di sini, hari ini.

 

TUBE berperanan untuk membantu graduan yang menganggur untuk menceburi bidang keusahawanan, katanya. Sehubungan itu, Ahmad menggesa graduan universiti untuk mengubah mentaliti makan gaji kepada keusahawanan dalam menghadapi alam pekerjaan, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Katanya, mentaliti makan gaji antara penyebab utama graduan menganggur selepas tamat pengajian.

 

"Kerajaan, melalui MITI dan agensi di bawahnya sentiasa menyediakan peluang dan ruang bagi graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan untuk menceburi bidang keusahawanan," kata beliau.

 

Ahmad berkata, graduan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan boleh memilih sama ada mengubah suai industri sedia ada seperti makanan dan minuman atau menceburi industri baru yang ber?potensi seperti bioteknologi.

 

Pada kejohanan tersebut, Universiti Teknologi Mara muncul juara manakala Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka muncul tempat kedua dan ketiga.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI