Bahasa: Lain-lain

Kerajaan Sasar 22 Peratus PKS Tembusi Pasaran Global Menjelang 2020 - Mustapa

JELI, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan bilangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke pasaran antarabangsa akan bertambah sebanyak lima peratus kepada 22 peratus menjelang 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini, hanya 17 peratus daripada 690,000 syarikat PKS berjaya memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

"Pada masa ini, eksport lebih banyak disumbangkan oleh syarikat-syarikat besar berbanding syarikat kecil. Atas alasan ini (PKS) perlu menjalin rangkaian dengan syarikat-syarikat multinasional," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran serentak Minggu PKS Peringkat Kebangsaan, Ekspo Keusahawanan Jeli dan Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi SME Corp Malaysia (SME Corp) Tan Sri Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim, Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Dr Aminuddin Hassim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

PKS menyumbang sehingga 35.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2015 selain 17.8 peratus kepada eskport dan 65 peratus dari segi pekerjaan negara.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata kerajaan menitikaberatkan pembangunan PKS dengan menumpukan aspek daya saing dan produktiviti mereka bagi menembusi pasaran global, termasuk kerjasama dengan syarikat multinasional.

Sementara itu, Hafsah berkata sejak pelancaran Minggu PKS pada Isnin lepas, sejumlah RM2.4 juta jualan langsung dicatatkan dan beliau yakin sasaran RM6 juta itu mampu dicapai.

"Selain itu, padanan perniagaan bernilai RM30 juta turut dicatatkan. Kita menyasarkan jualan sebanyak RM70 juta sepanjang Minggu PKS yang berakhir pada 4 Jun depan," katanya.

Menurut Hafsah, seramai 340,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tempoh program berkenaan.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI