Bahasa: Lain-lain

Pasaran eksport usahawan PKS

JELI 28 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyasarkan untuk meningkatkan penglibatan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pasaran eksport sebanyak lima peratus lagi menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penguasaan u­sahawan PKS dalam eksport dilihat masih rendah apabila penyertaan mereka dalam sektor itu hanya 17 peratus sekarang.

“Oleh itu, pihak kementerian bersama agensi-agensi di bawah­nya sedang merangka beberapa langkah dalam usaha mempertingkatkan sumbangan PKS kepada eksport yang dilihat mampu menjana pendapatan negara.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat mengangkat produk tempatan ke peringkat global sejajar hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan industri PKS,” katanya dalam sidang akhbar se­lepas menyempurnakan majlis pelancaran Minggu PKS 2016 Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp), Tan Sri Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Dalam masa sama, Mustapa mengajak usahawan PKS untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti dengan menembusi pasaran antarabangsa selain pe­ringkat tempatan.

Katanya, penggerak PKS tidak boleh hanya menjadi jaguh kampung, sebaliknya mereka perlu menyahut persaingan dalam kalangan jenama terkenal yang berada di pasaran.

“Penganjuran Minggu PKS pada setiap tahun adalah tepat pada masanya dalam usaha memberi pendedahan berkaitan pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh kerajaan.

“Kerajaan menerusi agensi-agensi di bawahnya termasuk SME Corp mempunyai banyak program dan inisiatif bagi membantu orang ramai khusus­nya generasi muda yang mahu menceburi bidang usahawan PKS,” katanya.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI