Nawi (tengah) bersama peserta selepas merasmikan TUBE 5.0 Peringkat Negeri Terengganu di Marang, hari ini. - UTUSAN ONLINE
MARANG 11 Mac - SME Corp. Terengganu melalui Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) memperuntukkan geran perniagaan berjumlah RM1.9 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
bagi membantu membangunkan 133 usahawan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi Dan Kepengunaan negeri, Nawi Mohamad berkata, program itu bukan sahaja membantu peserta memulakan perniagaan, malah memperoleh manfaat menerusi
Persatuan TUBE di setiap negeri dengan berkongsi pengalaman.
Menurutnya, melalui program TUBE yang diperkenalkan sejak 2014, kerajaan mensasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan belia negeri ini menjelang tahun 2020.
"Inisiatif ini bagi mendorong lebih ramai generasi muda memilih bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai kerjaya," katanya ketika berucap merasmikan TUBE 5.0 Peringkat Negeri Terengganu, di Kem PLKN Padang Kacong, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah SME Corp. negeri, Muhammad Ibrahim.
Pada tahun ini juga katanya, melalui Bajet 2018 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, sebanyak RM1.2 juta disediakan di bawah Program Transformasi Belia Niaga (TBN) bagi membantu usahawan muda mengusahakan bidang perniagaan secara atas talian.
"Dana ini disediakan khas kepada golongan belia yang berumur antara 21 tahun hingga 35 tahun terutama melalui syarikat permulaan, yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-1-000-usahawan-di-bawah-tube-1.625276#ixzz59UaG8X00
© Utusan Melayu (M) Bhd