Bahasa: Lain-lain

Usahawan Belia Perlu Berani, Sedia Terima Nasihat

REMBAU - Usahawan belia Bumiputera yang menerima bimbingan keusahawanan melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) perlu berani dan menerima nasihat serta pandangan daripada yang lebih arif supaya dapat memaju dan memperkembangkan perniagaan mereka.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Datuk Seri Dr Awaluddin Said berkata usahawan belia yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu menerima nasihat daripada jabatan kerajaan yang menjalankan kajian serta kesesuaian terlebih dahulu mengenai satu-satu bidang perniagaan agar mereka dapat memenuhi kehendak pasaran semasa. 

Beliau berkatanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program TUBE Mega 5.0 peringkat negeri di sini.

Datuk Seri Dr Awaluddin yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, berkata sekiranya usahawan belia mempelajari dan mengaplikasi program dijalankan selama 21 hari ini, beliau yakin dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang, mereka akan berjaya seterusnya  dapat membantu masyarakat dan negara.

Program TUBE 5.0 dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk  Seri Mustapa Mohamed di Kem PLKN Batu Jong, Kelantan, hari ini, yang turut dirasmikan serentak di 14 lagi kem PLKN seluruh negara.

Pada program TUBE 5.0, kira-kira 2,000 usahawan belia dipilih dari seluruh negara bagi menyertai latihan dan bimbingan keusahawanan itu daripada 33,000 permohonan dan dijangka 99 peratus daripada mereka akan mendaftar syarikat dan menjalankan perniagaan.

((BERNAMA))

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI