Bahasa: Lain-lain

Kerajaan belanja RM2.3 bilion bagi usahawan wanita pada 2018

 
Kerajaan belanja RM2.3 bilion bagi usahawan wanita pada 2018
Dr Wan Azizah berkata, perniagaan milik wanita membentuk 20.6 peratus daripada 907,065 jumlah PKS di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion dalam 10 program keusahawanan wanita pada tahun lepas untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program itu menyediakan latihan intensif dalam keusahawanan, sokongan eksport dan bantuan kewangan kepada usahawan wanita.

"Program ini telah memberi manfaat kepada 364,052 penerima perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya dalam ucaptama pada ASEAN-Japan Women Entrepreneurs' Linkage Programme (AJWELP) pada Selasa.

Beliau berkata di Malaysia, perniagaan milik wanita membentuk 20.6 peratus daripada 907,065 jumlah PKS di Malaysia.

"Ini jauh lebih rendah daripada perniagaan milik lelaki dan daripada jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus wanita dalam sektor perkhidmatan," katanya.
 
Mengenai AJWELP, Wan Azizah berkata program tersebut akan mencapai kejayaan yang besar dalam memperkasakan wanita di ASEAN berikutan ia kini dalam tahun ketiga berturut-turut pelaksanaannya.

Dianggarkan sebanyak 61.3 juta usahawan wanita memiliki dan mengendalikan perniagaan di ASEAN, menyumbang 9.8 peratus daripada jumlah penduduk ASEAN.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd Hatta dalam ucapan berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"PKS perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan sebanyak 41 peratus kepada KDNK," katanya.

Beliau berkata kementerian akan melihat kepada bidang dan sektor baharu untuk mencapai sasaran sumbangan PKS sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020.

"Kami akan membawa perusahaan dan usahawan baharu, terutamanya usahawan wanita dan kumpulan B40," katanya.

Mohd Hatta berkata hubungan antara PKS dan syarikat besar masih lemah, dengan PKS tidak mendapat manfaat berikutan mereka membuat pembelian daripada syarikat.

"Kita perlu mengubah keadaan, dan kita memerlukan syarikat yang lebih besar membeli daripada PKS tempatan, menyokong mereka dan akhirnya mencapai sasaran 41 peratus menjelang 2020," katanya.

-- BERNAMA

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI