Bahasa: Lain-lain

Peruntukan RM150 juta kepada usahawan terkesan banjir

NOH Omar (kanan) mengiringi Ismail Sabri Yaakob (kiri) pada Majlis Pelancaran Pasaraya MG Coopmart dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia serta Penyampaian Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di Pasaraya MG Coopmart Cawangan Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI

 

BERA: Kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi usahawan mikro dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terkesan akibat banjir yang melanda negara pada Disember tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, peruntukan dibahagikan kepada dua iaitu pertama kepada usawan IKS dengan peruntukan RM100 juta manakala kedua kepada kumpulan usahawan mikro dan juga kumpulan informal sebanyak RM50 juta.

“Bagi usahawan IKS mereka boleh memohon   pinjaman sehingga  RM100,000 menerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp.) manakala  usahawan mikro mereka boleh memohon menerusi Tekun atau Amanah Ikthtiar Malaysia (AIM),” kata beliau pada Majlis Pelancaran Pasaraya MG Coopmart-KopBera dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia serta Penyampaian Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di MG Coopmart Cawangan Bera di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, menurut beliau,  setiap usahawan yang terkesan dengan  banjir turut diberi  geran RM3,000  seperti yang ditawarkan kepada usahawan di Bera pada hari ini.

Noh memberitahu, sejak pengumuman tersebut, Tekun telah menerima  sebanyak 13,000 permohonan  dengan Pahang sahaja seramai 5,218 permohonan diluluskan membabitkan peruntukan  RM15 juta. 

“Di Bera sahaja, sebanyak 234 usahawan terlibat banjir menerima geran bernilai RM3,000 terbabit melibatkan jumlah RM702,000,” katanya.

Menyentuh mengenai Coopmart, Noh berkata, koperasi itu dilihat dapat menjadi tempat bergantung, sekiranya pengguna ingin memiliki harga barangan yang murah.– UTUSAN

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI