Bahasa: Lain-lain

PMKS perlu teroka pasaran antarabangsa - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Keusahawanan harus dilihat oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai kerjaya sepenuh masa, sama ada kecil, sederhana, besar atau peringkat multinasional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ke arah itu PMKS perlu meneroka pasaran antarabangsa dan tidak hanya domestik semata-mata.

Seiring dengan usaha penerokaan tersebut, kementerian dan agensi terlibat harus memberikan sokongan daripada pelbagai sudut.

Tambah Ahmad Zahid, PMKS juga perlu merebut peluang perniagaan dalam talian seiring perkembangan teknologi 5G.

Peluang tersebut harus diambil bagi memperluaskan pasaran eksport yang dilihat semakin meningkat.

Beliau turut berharap agar lebih ramai usahawan dibantu untuk bersaing ke peringkat antarabangsa, sekali gus meningkatkan nilai eksport negara dan mempersiapkan usahawan untuk membuka potensi peringkat global.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) & Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka, di sini.

MUN dan Minggu PMKS merekodkan kehadiran lebih 120,000 pengunjung dan berjaya merekodkan jualan langsung kira-kira RM1.96 juta ringgit serta potensi jualan sekitar RM51.61 juta.

(Ahmad Zahid Hamidi)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI