Bahasa: Lain-lain

SME Corp peruntuk RM100 juta untuk PMKS

Ewon (tengah) melancarkan Program Pengukuhan Mikro Madani. - FOTO BERNAMA

Putrajaya: SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperuntukkan RM100 juta menerusi Program Pengukuhan Mikro Madani (Mikro Madani) bagi membantu 20,700 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata program berkenaan menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status PMKS.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan program Mikro Madani itu di sini hari ini, beliau berkata permohonan bagi program berkenaan telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang http://smecorp.gov.my/MIKROMADANI.

Antara syarat utama permohonan ialah syarikat milik usahawan PMKS perlu mempunyai pekerja kurang daripada lima orang dan memperoleh pendapatan tahunan tidak melebihi RM300,000, katanya.

Bagi memastikan objektif program Mikro Madani tercapai, Ewon berkata SME Corp akan melaksanakan aktiviti pemantauan terhadap semua penerima program berkenaan agar pembiayaan yang diterima digunakan bagi tujuan sepatutnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa siri jelajah bagi mempromosikan program Mikro Madani di seluruh negara bermula 22 Sept ini.

Katanya siri jelajah itu akan bermula di Kuantan, Pahang sebelum diteruskan ke lokasi lain dan dijangka berakhir di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Oktober.

Beliau yang optimis program tersebut akan menerima sambutan menggalakkan berkata, SME Corp akan terus memberi sokongan kepada usahawan PMKS supaya keupayaan sektor itu dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi serta melonjakkan sumbangan kepada ekonomi negara.

PMKS mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 11.6 peratus pada 2022 berbanding 1.3 peratus pada 2021. - Harian Metro

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI