Bahasa: Lain-lain

Pengenalan
Bumiputera MSMEs Financing Initiative (BMFI) ialah satu inisiatif yang ditawarkan oleh SME Corporation Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan akses yang lebih baik dari segi pembiayaan untuk PMKS Belia Bumiputera.

Melalui inisiatif ini, SME Corporation Malaysia dengan kerjasama  Modalku Ventures Sdn. Bhd. (Funding Societies) sebagai Pengantara Kewangan (Financial Intermediary) yang dilantik bagi program ini telah menyediakan satu pakej pembiayaan khas kepada Alumni Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) bagi membantu memperkasakan Usahawan Alumni TUBE yang berpotensi untuk berkembang maju dan berdaya saing. 

 

Kriteria Kelayakan

  • Bekas peserta atau Alumni bagi program TUBE;
  • Syarikat masih aktif dan mempunyai sijil SSM;
  • Mempunyai sijil Status PMKS (MSME Status) dan;
  • Komited untuk menjalani penilaian SCORE / M-CORE


Kelebihan Pembiayaan BMFI

  • Pembiayaan sehingga RM100,000;
  • Tempoh pembiayaan sehingga 24 bulan;
  • Kadar tahunan hanya 2%
  • Kelulusan pantas dalam masa 48 jam*
    *Tertakluk kepada terma dan syarat

 

Sila klik pautan bit.ly/tunas-fs_wa untuk memohon sekarang.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Rosman Zamri, 03-2775 6320 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

 

Program Business Accelerator 3.0 (BAP 3.0) adalah program bantuan bersepadu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan untuk membantu PMKS meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara.

 

Jenis Bantuan:

  • Geran bersamaan sebanyak 50% kos yang layak (maksimum RM400,000)

 

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah tempoh
  • Jualan tahunan melebihi RM300,000 setahun
  • Minimum 60% milikan tempatan
  • Mempunyai lesen premis perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan
  • Pemegang saham majoriti / sama dalam 2 atau lebih syarikat hanya layak mengemukakan 1 permohonan
  • Syarikat yang telah menerima geran BAP 3.0 pada tahun 2021 dan 2022 tidak layak memohon
  • Projek sama yang pernah diluluskan di bawah mana-mana program SME Corp. Malaysia adalah tidak layak memohon
  • Terbuka kepada semua sektor KECUALI pertanian asas, kewangan, insurans, hartanah dan urusan berniaga dalam sekuriti (keutamaan kepada industri berpertumbuhan tinggi)

    

Skop Projek

  • Pembelian Mesin & Peralatan (Produktiviti & Automasi)
  • Penerapan ICT & e-Dagang
  • Penerapan ESG (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus)
  • Pensijilan Produk
  • Pengiklanan & Promosi (terhad kepada RM50,000 sahaja)

 

BAP mly

 

Fi Pemprosesan

  • RM500 untuk pemprosesan permohonan (dikenakan semasa membuat permohonan)
  • RM300 untuk pemprosesan rayuan (sekiranya berkaitan)

Permohonan

Permohonan BAP telah ditutup.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Info Line: 03-9213 0077
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


SME Corporation Malaysia
Tingkat 4, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

PENAFIAN
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. SME Corp. Malaysia berhak untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
Sila ambil perhatian bahawa SME Corp. Malaysia tidak pernah melantik perunding / pihak ketiga bagi syarikat mengemukakan permohonan di bawah Program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan perunding / pihak ketiga, SME Corp. Malaysia berhak membatalkan / menarik balik permohonan syarikat secara automatik.

 

AMARAN
Mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp. Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan, dengan penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.
SME Corp. Malaysia juga ingin menarik perhatian mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan / atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

logo pockettalk

 

Sesi perkongsian maklumat yang padat di mana tumpuan diberikan kepada kumpulan-kumpulan kecil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sesi ini biasanya melibatkan pembentangan dan perbincangan mengenai pelbagai topik oleh wakil daripada Kementerian, Agensi dan institusi berkaitan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Sesi adalah tidak formal selama 30-40 minit bagi setiap sesi dan disusuli dengan sesi Soal & Jawab interaktif untuk pemahaman yang lebih baik.

 

Pocket Talk bertindak sebagai platform untuk PKS mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat di bawah Hab PKS, di mana SME Corporation Malaysia menyasarkan untuk menyediakan maklumat komprehensif untuk memberi kesedaran mengenai akses kepada pembiayaan, pemasaran dan program pembangunan yang disediakan / ditawarkan kepada PKS. Usahawan juga boleh bertemu dan mengenali usahawan lain dengan minat yang sama bagi meluaskan rangkaian sosial mereka.


 

SEKRETARIAT

 

Unit Komunikasi Korporat
SME Corp. Malaysia
Level 4, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

Nama : En. Mahadzir Ithnin
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LogoMingguPMKS 2023


Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara, dan turut memangkin kepada pembentukan masa depan Malaysia. Menyedari kepentingan dan sumbangan PMKS kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara, program Minggu PMKS dianjurkan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran umum serta mempromosikan produk dan perkhidmatan PKS daripada pelbagai industri. Bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit’, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sewaktu Minggu PMKS diharapkan dapat memupuk semangat keusahawanan secara berterusan, dan juga membuka peluang pelaburan yang berpotensi membantu perniagaan melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

 

Objektif

  • Mengiktiraf peranan dan sumbangan PMKS kepada ekonomi Negara;
  • Memupuk budaya keusahawanan;
  • Meningkatkan kesedaran dan mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS; dan
  • Platform untuk menyebarkan maklumat mengenai pembiayaan dan program pembangunan PMKS.

 Faedah

  • Mempromosi, mempamer dan mengetengahkan produk dan perkhidmatan PMKS kepada orang ramai dan komuniti perniagaan.
  • Mewujudkan rantaian perniagaan dan peluang pelaburan baharu PMKS dengan syarikat-syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara secara maya melalui platform MatchMe
  • Membantu PMKS mendapatkan akses dan kemudahan pembiayaan daripada institusi kewangan dan juga pemain kewangan alternatif.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu PMKS, sila hubungi:

SME Corporation Malaysia

Level 4, SME 1, Block B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

-->

 

BEEP bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PMKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu bagi memperkukuhkan teras perniagaan PMKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan. Maksimum geran adalah sehingga RM500,000.00.

 

Kriteria Kelayakan

  • Sijil Status PMKS; (klik sini)
  • Syarikat bersaiz mikro *, kecil & sederhana sahaja;
  • 60% ekuiti syarikat adalah milikan Bumiputera;
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; 
  • Telah mempunyai Sijil SCORE yang masih sah tempohnya ATAU sekiranya telah berdaftar bagi penilaian SCORE, sijil SCORE perlu disertakan sebelum membuat tuntutan akhir; dan
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;

 

* Perusahaan mikro yang dibenarkan memohon Program BEEP:

  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah; dan
  • Jualan tahunan melebihi RM100,000; ATAU
  • Sekiranya baru memulakan perniagaan, syarikat perlu beroperasi sekurang-sekurangnya 6 bulan dan mencapai jualan tahunan RM100,000.00.

 

Pakej Bantuan 

  • Produktiviti dan Automasi;
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT;
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Pembangunan dan Inovasi Produk; dan
  • Penyenaraian di pasaran Bursa Malaysia

 

Permohonan

Untuk memohon, sila layari laman sesawang MyBPI 

 

Muat turun brosur Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) [PDF]

 

Fi Pemprosesan

Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut: 

  • RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana; dan
  • RM300 untuk PKS Mikro.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program BEEP :

  • Pn. Nor Eryani bt. Mat Aziz (03-2775 6133)
  • Pn. Shaz Lina bt. Shaari (03-2775 6103)
    emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line : 03-9213 0077
Fax: 03-2775 6001
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

 

SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.

 

AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

 

SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI