Bahasa: Lain-lain

Program Business Accelerator untuk Syarikat Milikan India Bersaiz Kecil (I-BAP)

Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) adalah program bantuan bersepadu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan syarikat menerusi khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan untuk membantu syarikat meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara.

 

Jenis Bantuan

  • Geran bersamaan sebanyak 50% kos yang layak (maksimum RM100,000)

 

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah tempoh
  • Jualan tahunan melebihi RM300,000 setahun
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti tempatan milikan India
  • Mempunyai lesen premis perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan
  • Pemegang saham majoriti / sama di beberapa syarikat Sendirian Berhad hanya layak mengemukakan 1 permohonan
  • Enterpris yang dimiliki oleh pemilik yang sama di beberapa perusahaan (sama ada milikan tunggal atau perkongsian) hanya layak mengemukakan 1 permohonan sahaja
  • Syarikat yang telah menerima geran BAP 3.0 tidak layak memohon
  • Projek sama yang pernah diluluskan di bawah mana-mana program SME Corp. Malaysia adalah tidak layak memohon
  • Terbuka kepada semua sektor KECUALI pertanian asas, kewangan, insurans, hartanah dan urusan berniaga dalam sekuriti (keutamaan kepada industri berpertumbuhan tinggi)

 

Skop Projek

  • Pembelian Mesin & Peralatan (Produktiviti & Automasi)
  • Adaptasi ICT & eDagang
  • Adaptasi ESG (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus)
  • Pensijilan Produk
  • Pengiklanan & Promosi (terhad kepada RM50,000 sahaja)

ciriGeran

 

Dokumen Asas Permohonan

  1. Dokumen Superform (Borang Teras) SSM / Dokumen Profil Syarikat SSM (maklumat penubuhan syarikat, nama pemilik dan ekuiti)
  2. Lesen premis perniagaan daripada PBT
  3. Penyata kewangan telah diaudit untuk 3 tahun berakhir atau akaun pengurusan terkini
  4. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir
  5. 2 sebut harga daripada pembekal pilihan dan bandingan

 

Permohonan

  • Dibuka bermula 7 Oktober 2024 hingga penerimaan permohonan mencapai jumlah komitmen maksimum yang diperuntukkan.
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem MyBPI
  • Syarikat digalakkan untuk memohon Status PMKS terlebih dahulu menerusi sistem MyBPI.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-9213 0077
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SME Corporation Malaysia
Aras 4, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

 

PENAFIAN
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. SME Corp. Malaysia berhak untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

Sila ambil perhatian bahawa SME Corp. Malaysia tidak pernah melantik juruperunding / pihak ketiga bagi syarikat mengemukakan permohonan di bawah Program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding / pihak ketiga, SME Corp. Malaysia berhak membatalkan / menarik balik permohonan syarikat secara automatik.

 

AMARAN
Mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp. Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan, dengan penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

SME Corp. Malaysia juga ingin menarik perhatian mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan / atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI