Bahasa: Lain-lain

 MCbm

 

 

Latar Belakang
Program Micro Connector merupakan inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti perusahaan mikro. Program ini dilaksanakan menerusi Rakan Pelaksana yang dilantik SME Corp. Malaysia yang terdiri daripada syarikat yang menawarkan pakej kemahiran kompetitif dan sokongan teknikal menerusi latihan dalam bidang tumpuan terpilih.

 

Objektif
Bertujuan untuk menyediakan kemahiran kompetitif dan sokongan teknikal bagi perusahaan mikro untuk meningkatkan kecekapan perniagaan.

  • Kumpulan sasar adalah perusahaan mikro dengan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU kurang daripada 5 orang pekerja sepenuh masa.

 

Senarai Rakan Pelaksana Program Micro Connector 2025

 

No Program Bidang tumpuan Rakan Pelaksana Laman Sesawang Media Sosial Emel No Telefon Pegawai Dihubungi Pelaksanaan Program
1 Program Brain Akaun Sistem Perakaunan dan e-invois Gold-Cheers Holding (M) Sdn Bhd senangbrain.com https://m.facebook.com/goldcheersholdingsdnbhd/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 011-33745787 Encik Mohamed Ayub Khan Bin Haja Amanullah Johor, Sabah & Sarawak
2 Program Transformasi Digital (PTD) Perniagaan Anda Sistem Perakaunan dan e-invois Hadi Venture Sdn Bhd www.hadi-academy.com https://www.facebook.com/HadiVentureAcademy/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 018-587 0274 Encik Muhammad Hafiz bin A Rashid Kelantan, Terengganu & Pahang
3 Program Pendigitalan Perakaunan dan Pengenalan E-Invois menggunakan (Bukku Accounting System) Sistem Perakaunan dan e-invois Starz Excellence Sdn Bhd www.starz.my https://www.facebook.com/kewangandigital/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 011-20936454 Cik Bella Kedah, Pulau Pinang & Perak
4 Program Level UP SME  Sistem Perakaunan dan e-invois Wazzap Me Sdn Bhd www.syisco.my https://www.tiktok.com/@cerdik_akaun?_t=ZS-8v31q7GffL0&_r=1 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  011-61394569 Encik Aizat Selangor
5 Program Intervensi Awal Dan Digitalisasi Pendigitalan Sistem Pengurusan Pendidikan Awfatech Global Sdn Bhd www.awfatech.com www.facebook.com/AwfatechGlobal/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 019-383 2823 Encik Mohd Aizad Safuan Bin Ainudin Selangor, Kelantan
6 Program The Art of Premium Cakes: Penghasilan Kek Premium & Dekorasi  Penghasilan Kek Premium & Dekorasi Accelskill Academy Sdn Bhd www.accelskill.edu.my https://www.tiktok.com/@accelskillacademy> Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 018-295 4239 Cik Mira Melaka
7 Program Penjagaan Postnatal & Neonatal Post Natal dan Penjagaan Kanak-Kanak LK Ayurveda Research Training Academy (M) Sdn Bhd - https://www.facebook.com/LKayurvedaacademy?mibextid=ZbWKwL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 016- 246 5474 Cik Sobana Perak, Pulau Pinang, Selangor

 

 

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Urus Setia Program Micro Connector
Bahagian Pembangunan Inklusif
SME Corp. Malaysia,
Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03-9213 0077

 


PENAFIAN:
Dokumen ini diedarkan untuk tujuan pelawaan tunjuk minat Program Micro Connector 2025 sahaja.
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada mana-mana pihak dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. SME Corp. Malaysia juga berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. ME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.

 

AMARAN:
Mengemukakan sebarang maklumat palsu atau meragukan bagi tujuan menipu atau mengelirukan SME Corp. Malaysia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang pemberian faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan oleh pemohon.

Terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai juruperunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik juruperunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan sedemikian merupakan satu kesalahan yang serius. Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Info (03-9213 0077).

 

 

Apa itu GrowBiz?
Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil. GrowBiz dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS.

 

Apa matlamatnya?
GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan (coaching) perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

 

Apa yang akan dapat jika menyertai GrowBiz?
Semua peserta GrowBiz disyaratkan supaya menjalani modul latihan khusus dan disesuaikan yang merangkumi:

  1. Transformasi Kendiri
  2. Kembara Keusahawanan
  3.  Komunikasi Perniagaan
  4. Pengurusan Operasi
  5. Pemasaran & Penjenamaan
  6. Pengurusan Sumber & Kewangan
  7. Pematuhan & Perundangan Perniagaan
  8. Transformasi Teknologi & Digitalisasi
  9. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  10. Model & Sistem Perniagaan

 

Siapa sasarannya?
GrowBiz terbuka kepada perusahaan mikro yang berpandangan positif dan bersedia untuk transformasi ke arah norma baharu demi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya. Perusahaan mikro dari seluruh Malaysia yang mewakili pelbagai kaum, sektor dan industri akan dipilih untuk menyertai program ini termasuk perusahaan mikro milikan wanita dan belia.


Bagaimana ia dikendalikan?

  • GrowBiz menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak untuk menyertai.
  • Sesi latihan dan bimbingan (coaching) untuk perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on oleh Rakan Pelaksana.
  • Perusahaan mikro yang menyertai akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program.
  • Perusahaan mikro yang menyertai adalah dikehendaki membuat Pendaftaran Status PMKS oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh program dijalankan bagi mengesahkan syarikat / perniagaan berkenaan adalah perusahaan mikro, kecil atau sederhana (PMKS).
  • Perusahaan mikro yang menyertai digalakkan menjalani penarafan SCORE oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh pelaksanaan GrowBiz 2025 bagi menilai prestasi semasa syarikat.


Apakah struktur yuran?

SME Corp. Malaysia akan membiayai 90% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz. Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 10% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM100.00 bagi pendaftaran Status PMKS.

 

GB2

 

 Siapa yang layak?

  1. Perusahaan mikro yang berdaftar dengan Akta Syarikat 1965 atau 2016 / Pendaftaran Perniagaan (1956) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Ordinan Perniagaan, Profesion & Perlesenan Perdagangan (HANYA untuk Sabah dan Sarawak) / berdaftar dengan mana-mana badan profesional yang diiktiraf oleh undang-undang
  2. Perusahaan mikro dengan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM100,000. Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang telah mencapai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM250,00.
    • Syarikat adalah dikehendaki mengemukakan Sijil Status PMKS ATAU Penyata Kewangan Diaudit / Akaun Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (terkini) dan Penyata KWSP

      Definisi Perusahaan Mikro merentasi semua sektor
      Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

  3. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan warganegara Malaysia
  4. Beroperasi di premis perniagaan yang sah dengan Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  5. Keutamaan diberikan kepada perusahaan mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi yang berpotensi yang telah dikenalpasti iaitu (tetapi tidak terhad kepada):

i. Pertanian pintar
ii. Aeroangkasa
iii. Elektrik dan elektronik
iv. Peranti perubatan
v. Industri Halal
vi. Pelancongan
vii. Minyak & gas
viii. Biojisim / Bioteknologi
ix. Kesihatan & gaya hidup

6. Peserta harus mempunyai minda yang positif, bersikap terbuka untuk membuat perubahan diri dan perniagaan serta sedia dibimbing (coachable). Peserta akan melalui proses temuduga

 

Bagaimana peserta dipilih?

  • Sesi temuduga akan dikendalikan bagi pemilihan peserta.
  • SME Corp. Malaysia berhak ke atas pemilihan akhir peserta. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.

 

Nota:
Syarikat perusahaan mikro yang pernah menyertai Program GrowBiz terdahulu adalah tidak layak untuk mencalonkan peserta bagi Program GrowBiz 2025.

 

Siapa untuk dihubungi?
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2025, sila hantar permohonan anda kepada Rakan Pelaksana (RP) yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia seperti berikut:

i. Peserta dari Zon Tengah & Zon Selatan Semenanjung Malaysia (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka & Johor)

AverNoble Sdn. Bhd.
Pengurus Program:

1. Ms. Gaya (012-918 2049)
2. Ms. Maisarah (017-918 2130)
3. Ms. Jelissa (017-918 1960)
4. Ms. Nursharmilla Izzaty (012-918 2750)

No. Tel. Pejabat: 03-8604 8655
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ii. Peserta dari Zon Utara & Zon Timur Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan)

Speedoffice Sdn. Bhd.
1. Puan Roselina binti Mansor @ A. Bakar
Pengurus Pentadbiran & Kewangan
No. Tel.: 013-846 8978
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


2. Puan Najiha binti Mohd Gaus
Ketua, Unit Latihan
No. Tel.: 011-1002 2609
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


3. Encik Nik Mohd Nor Arif bin Yahya
Pengarah Projek
No. Tel.: 011-5676 7707
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

iii. Peserta dari Wilayah Sabah & Wilayah Sarawak (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan)

Celebrate TV Sdn. Bhd.
1. Puan Nur Afiqah Binti Mohd Puad
Sekretariat GrowBiz
No. Tel.: 013-6431598
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


2. Puan Nashrah Binti Zaharudin
Sekretariat GrowBiz
No. Tel.: 019-676 5334
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


3. Puan Siti Haslinda Hashim
Pengurus Projek
No. Tel.: 017-4434614
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
Muat Turun Borang Permohonan Penyertaan Perserta GrowBiz 2025 [PDF]


Bilakah tarikh akhir?

2 Mei 2025

 

Penafian:
Pelaksanaan Program adalah berdasarkan ketersediaan dana bagi tahun 2025. SME Corp. Malaysia berhak untuk tidak mempertimbangkan sebarang permohonan bagi menyertai Program GrowBiz 2025 yang tidak memenuhi kriteria serta terma dan syarat yang ditetapkan. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI