Bahasa: Lain-lain

LATAR BELAKANG

Program pensijilan 1-InnoCERT (Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation) telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia dan SIRIM sebagai rakan pelaksana sejak tahun 2010. Program pensijilan 1-InnoCERT ini bertujuan untuk menggalak dan membangunkan syarikat berinovatif di Malaysia sepertimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Inovasi Negara dan Majlis Inovasi Negara.

 

Pensijilan 1-InnoCERT yang diberikan akan mengenal pasti dan mengesahkan syarikat inovatif melalui standard inovasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebanyak 163 syarikat telah menerima pensijilan 1-InnoCERT ini sejak tahun 2010.

 

Pada tahun 2024, SME Corp. Malaysia memperkenalkan Program MyInnoCERT yang lebih mesra pengguna dan mudah bagi syarikat membuat penilaian kendiri (self-assessment) bagi mengetahui tahap inovasi syarikat, meningkatkan tahap inovasi serta menggalakkan pertumbuhan di kalangan PKS melalui program pembangunan kapasiti.

 

OBJEKTIF

  • Mengenal pasti keupayaan dan kapasiti inovasi di kalangan PKS;
  • Berpeluang untuk mengikuti program / latihan / inisiatif pembangunan kapasiti seperti digitalisasi dan ESG serta khidmat nasihat teknikal sebagai salah satu faedah / kelebihan di bawah penilaian MyInnoCERT; dan
  • Akses kepada fasilitasi bantuan (termasuk bantuan kewangan dan bukan kewangan) untuk meningkatkan tahap inovasi di kalangan PKS melalui kerjasama agensi lain dan organisasi antarabangsa bagi melengkapkan landskap inovasi di Malaysia.

 

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Registration of Business (ROB) atau Ordinan Perlesenan Perdagangan untuk di Sabah & Sarawak.
  2. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 12 bulan beraudit terkini;
  3. Memiliki Perakuan Status PMKS Malaysia yang dikeluarkan oleh SME Corp. Malaysia;
  4. Mempunyai penarafan SCORE 3-Bintang; dan
  5. Pemegang Saham atau Pemilik Syarikat tidak terlibat dalam mana – mana aktiviti yang melanggar undang – undang Malaysia.

 

SEKTOR TUMPUAN

  • Pertanian
  • Alam Sekitar
  • Perisian
  • Pembuatan
  •  Expert design
  • Perkhidmatan
  • Bioteknologi

 

CARA MEMOHON
Syarikat yang berminat untuk menyertai program MyInnoCERT, sila klik di pautan berikut: https://tinyurl.com/MyInnocert

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Maklumat yang dikemukakan oleh Syarikat di dalam penilaian kendiri adalah dianggap benar tanpa sebarang prejudis;
  • Maklumat serta keputusan penilaian tidak akan diubah setelah diserahkan;
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia di talian 03-2775 6182 / 6263, (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

 

 

 

Latar Belakang Program 
Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan serta memberi bimbingan kepada PKS untuk mengeksport. Pelaksanaan inisiatif ini dijalankan oleh Mentor Eksport (ME) yang dilantik.

 

Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) 
Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) ini dikeluarkan adalah bagi mempelawa syarikat penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon sebagai Mentor Eksport (ME).

 

Peranan Mentor Eksport (ME) 
Melaksanakan latihan dan bimbingan kepada PKS yang berkelayakan berdasarkan komponen berikut:

  1. Komponen 1: Penilaian Firma
    Menilai dan menyaring PKS serta produk atau perkhidmatan yang berpotensi dan berdaya maju untuk eksport, dengan mengambil kira keupayaan eksport syarikat dan kesediaan komersilnya.

  2. Komponen 2: Latihan dan Bimbingan Eksport
    Memberi latihan dan bimbingan eksport berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan PKS untuk menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan. Keutamaan diberikan kepada negara di ASEAN, Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Selatan.

  3. Komponen 3: Aktiviti Penerokaan Pasaran
    Melaksanakan aktiviti penerokaan pasaran yang dapat membantu produk dan perkhidmatan PKS menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan.

  4. Komponen 4: Pemantauan dan Laporan Penilaian Keberkesanan
    Memantau perkembangan serta melaporkan prestasi PKS yang dibimbing kepada SME Corp. Malaysia secara berkala.

Syarat Kelayakan Mentor Eksport (ME) 
Syarikat yang dilantik sebagai ME perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Entiti yang berdaftar di Malaysia yang terdiri daripada Sdn. Bhd., Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Perniagaan dan Koperasi, yang sah dan mempunyai pengalaman dan kepakaran melaksanakan projek eksport berkaitan;
  2. Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit (Registrar of Companies Malaysia – ROC) atau Penyata Kewangan yang disahkan bagi Jabatan Pendaftaran Malaysia (Registry of Societies of Malaysia – ROS) untuk 2 tahun terkini; dan
  3. Keutamaan diberikan kepada entiti yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjalankan program pembangunan eksport atau aktiviti berkaitan penerokaan pasaran eksport sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Permohonan
Permohonan telah ditutup


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus Setia Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME)
Bahagian Akses Pasaran dan Pengantarabangsaan
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corp. Malaysia berhak memilih atau menolak sebarang penyerahan EOI. Syarikat dengan EOI yang berpotensi akan dipertimbangkan untuk menghadiri sesi taklimat Program Pengukuhan Eksport PKS dan seterusnya dijemput ke sesi Pitching. Pemilihan akhir akan dibuat oleh Jawatankuasa Kelulusan Program Pengukuhan Eksport PKS.

 

SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa dan subjek kepada persefahaman dengan ME tanpa pemberitahuan kepada siapa pun, dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program.

Terima kasih.

 

PENAFIAN:
Dokumen ini diedarkan untuk tujuan pelawaan tunjuk minat Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) 2025 sahaja. Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada mana-mana pihak dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. SME Corp. Malaysia juga berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.



AMARAN:
Mengemukakan sebarang maklumat palsu atau meragukan bagi tujuan menipu atau mengelirukan SME Corp. Malaysia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang pemberian faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan oleh pemohon.

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai jururunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik jururunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan sedemikian merupakan satu kesalahan yang serius. Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Info (03-9213 0077).

 

SME Corp. Malaysia telah diberi mandat untuk melaksanakan Bantuan Pematuhan Pensijilan Halal atau sebelum ini dikenali juga dikenali sebagai Reach Out To Entrepreneur Programme (ROTE) yang bertujuan membantu syarikat-syarikat PMKS di Malaysia mendapatkan pensijilan halal. Bantuan yang diberikan adalah pembiayaan berbentuk geran bagi kos-kos yang terlibat dalam mendapatkan pensijilan halal Malaysia dengan nilai maksimum sebanyak RM10,000.00 setiap syarikat.

Skop Pembiayaan

  • Yuran kursus Pensijilan Halal
  • Kos lantikan khidmat Perunding untuk Pensijilan Halal
  • Fi Pensijilan Halal
  • Kos Perkhidmatan Analisis Produk (Ujian makmal)
  • Kos Pembelian Peralatan

 

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai Sijil Perakuan Status PMKS yang masih sah.
  • Telah memohon pensijilan Halal Malaysia pada tahun 2022 - 2024.

 

NOTA PENTING

  • Pembiayaan adalah berdasarkan tuntutan semula di mana syarikat perlu membuat pembayaran penuh untuk skop yang layak dibiayai dan mengemukakan tuntutan kepada SME Corp. Malaysia menggunakan Borang Tuntutan yang akan diberikan bersama Surat Tawaran. Tuntutan perlu dikemukakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan (resit, invois dsb)
  • Kos yang layak dituntut adalah kos yang dibayar kepada pembekal dalam tempoh 1 Januari 2022 – 31 Disember 2024
  • Hanya syarikat yang diluluskan dan menerima Surat Tawaran sahaja yang layak membuat tuntutan
  • Penyertaan syarikat adalah tertakluk kepada baki dana yang masih ada.
  • Pihak Sekretariat berhak menolak mana – mana permohonan yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

 

Permohonan

Permohonan telah ditutup.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut untuk keterangan lanjut :

  • Zubaidah Mohamad 03-27756119 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Nor Azma Abdul Aziz 03-27756081 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Mohd. Syahir Noordin 03-27756096 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

galakan SMEsGoGlobal logo final FA

 
SME Corp. Malaysia memfokus kepada akses pasaran dan pengantarabangsaan PKS bagi membangunkan dan menggalakkan transformasi PKS ke pasaran global dengan mewujudkan rangka kerja yang berasaskan kepada pasaran yang jelas. Dengan pendekatan holistik yang merangkumi pelbagai program dan inisiatif akses pasaran dan pengantarabangsaan, SME Corp. Malaysia akan memastikan bahawa PKS menerima sokongan menyeluruh melalui inisiatif ke arah menembusi pasaran global iaitu Inisiatif Geran Padanan, Inisiatif Mentor Eksport dan Inisiatif Pinjaman Mudah di bawah Program Pengukuhan Eksport PKS.

 

Program Pengukuhan Eksport PKS: Inisiatif Geran Padanan

Program Pengukuhan Eksport PKS: Inisiatif Geran Padanan ini bertujuan untuk menggalak, membantu dan mempertingkatkan bilangan PKS yang berkelayakan, berdayasaing serta berpotensi besar mengeksport untuk menembusi pasaran antarabangsa.

 

Program ini dilaksanakan bagi menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan untuk membiayai kos pelaksanaan projek pengantarabangsaan oleh PKS melalui dua (2) program eksport iaitu:

  1. Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) - maksimum geran sehingga RM250,000.00 (terbuka kepada PKS Bumiputera sahaja)
  2. Program SMEs Go Global (SMEGG) - maksimum geran sehingga RM200,000.00 (terbuka kepada semua)

 

Jumlah Geran Padanan adalah sebanyak 50% daripada kos pelaksanaan projek
Kos minimum pelaksanaan projek untuk geran ini adalah  sekurang-kurangya RM100,000.

 

Tawaran pembiayaan ini hanya melibatkan aktiviti eksport yang telah dijalankan dari 1 Januari 2024 sehingga tarikh permohonan yang meliputi komponen seperti di bawah.

 

Komponen Program Pengukuhan Eksport PKS

  • Khidmat Nasihat & Bimbingan Pakar Eksport
  • Pengurusan Premis Di Luar Negara
  • Pembuatan Prototaip Produk Untuk Pembeli Luar Negara
  • Perkhidmatan Pembungkusan Eksport
  • Lawatan Audit Pembeli Antarabangsa Ke Malaysia
  • Aktiviti Penerokaan Pasaran Di Luar Negara
  • Pensijilan & Pematuhan Piawaian Antarabangsa
  • Latihan / Kursus / Seminar / Persidangan Berkaitan Eksport
  • Produktiviti dan Automasi

 

Kriteria kelayakan pemohon

  • Memiliki Perakuan Status PMKS Malaysia yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera (GEB) atau sekurang-kurangnya 60% ekuiti warganegara Malaysia (SMEGG).
  • Mempunyai lesen perniagaan tempatan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah (tertakluk kepada aktiviti perniagaan).
  • Telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mempunyai penarafan SCORE 3-Bintang dan ke atas yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia atau Rakan Strategik SCORE yang dilantik.
  • Telah mencapai jualan tahunan terkini sekurang-kurangnya RM 1 juta.
  • Mempunyai Penyata Kewangan beraudit sekurang-kurangnya 2 tahun terkini.
  • Syarikat yang mengemukakan penyata cukai pendapatan perniagaan (dengan bukti yang sah) berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

 

Permohonan

Untuk maklumat lengkap berkaitan Program, sila muat turun Garis Panduan [PDF]

 

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat di: https://mybpi.smecorp.gov.my

  • Yuran pemprosesan sebanyak RM150 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
  • Yuran pentadbiran sebanyak 2.5% daripada jumlah geran akan dikenakan setelah kelulusan diberi.
  • Syarikat yang pernah menyertai Program Pengukuhan Eksport PKS bermula tahun 2021 sehingga 2024, hanya layak dipertimbangkan untuk kelulusan geran berdasarkan baki geran yang belum digunakan. Jumlah baki geran yang dipertimbangkan adalah mengikut baki setiap komponen projek yang telah dibayar atau disalurkan.

 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Talian Info:    03-9213 0077
Emel Info:      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Unit Sokongan Eksport, Bahagian Akses Pasaran & Pengantarabangsaan

 

 

Program Pengukuhan Eksport PKS: Inisiatif Mentor Eksport (ME)

 

Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan serta memberi bimbingan kepada PKS untuk mengeksport. Pelaksanaan inisiatif ini dijalankan oleh Mentor Eksport (ME) yang dilantik.

 

Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) 
Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) ini dikeluarkan adalah bagi mempelawa syarikat penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon sebagai Mentor Eksport (ME).

 

Peranan Mentor Eksport (ME) 
Melaksanakan latihan dan bimbingan kepada PKS yang berkelayakan berdasarkan komponen berikut:

  1. Komponen 1: Penilaian Firma
    Menilai dan menyaring PKS serta produk atau perkhidmatan yang berpotensi dan berdaya maju untuk eksport, dengan mengambil kira keupayaan eksport syarikat dan kesediaan komersilnya.

  2. Komponen 2: Latihan dan Bimbingan Eksport
    Memberi latihan dan bimbingan eksport berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan PKS untuk menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan. Keutamaan diberikan kepada negara di ASEAN, Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Selatan.

  3. Komponen 3: Aktiviti Penerokaan Pasaran
    Melaksanakan aktiviti penerokaan pasaran yang dapat membantu produk dan perkhidmatan PKS menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan.

  4. Komponen 4: Pemantauan dan Laporan Penilaian Keberkesanan
    Memantau perkembangan serta melaporkan prestasi PKS yang dibimbing kepada SME Corp. Malaysia secara berkala.

Syarat Kelayakan Mentor Eksport (ME) 
Syarikat yang dilantik sebagai ME perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Entiti yang berdaftar di Malaysia yang terdiri daripada Sdn. Bhd., Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Perniagaan dan Koperasi, yang sah dan mempunyai pengalaman dan kepakaran melaksanakan projek eksport berkaitan;
  2. Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit (Registrar of Companies Malaysia – ROC) atau Penyata Kewangan yang disahkan bagi Jabatan Pendaftaran Malaysia (Registry of Societies of Malaysia – ROS) untuk 2 tahun terkini; dan
  3. Keutamaan diberikan kepada entiti yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjalankan program pembangunan eksport atau aktiviti berkaitan penerokaan pasaran eksport sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Permohonan
Permohonan telah ditutup


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus Setia Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME)
Bahagian Akses Pasaran dan Pengantarabangsaan
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corp. Malaysia berhak memilih atau menolak sebarang penyerahan EOI. Syarikat dengan EOI yang berpotensi akan dipertimbangkan untuk menghadiri sesi taklimat Program Pengukuhan Eksport PKS dan seterusnya dijemput ke sesi Pitching. Pemilihan akhir akan dibuat oleh Jawatankuasa Kelulusan Program Pengukuhan Eksport PKS.

 

SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa dan subjek kepada persefahaman dengan ME tanpa pemberitahuan kepada siapa pun, dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program.

Terima kasih.

 

PENAFIAN:
Dokumen ini diedarkan untuk tujuan pelawaan tunjuk minat Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) 2025 sahaja. Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada mana-mana pihak dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. SME Corp. Malaysia juga berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.



AMARAN:
Mengemukakan sebarang maklumat palsu atau meragukan bagi tujuan menipu atau mengelirukan SME Corp. Malaysia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang pemberian faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan oleh pemohon.

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai jururunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik jururunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan sedemikian merupakan satu kesalahan yang serius. Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Info (03-9213 0077).

 

Program Pengukuhan Eksport PKS: Inisiatif Pinjaman Mudah

galakan

Di bawah kerjasama antara SME Corp. Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), satu skim pembiayaan pinjaman mudah ditawarkan kepada PKS yang berkelayakan.

Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport/ antarabangsa.

 

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila tekan pautan di bawah:
https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/  

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Encik Mahyuddin bin. Mat Saat
Caw. Pemprosesan Pembiayaan & Operasi
Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA
03-26132413
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI