FRANCAIS |
Apakah Itu Francais?
Faedah & Kelemahan
- Pemegang francais tidak perlu menyediakan modal yang tinggi berbanding dengan memulakan perniagaan yang baru.
- Membolehkan pemegang francais menggunakan strategi dan tanda perniagaan yang telah terbukti.
- Pemfrancais mampu mengembangkan perniagaan dengan cepat. Ia tidak menyediakan modal tambahan untuk kos tenaga buruh dan operasi.
- Pemfrancais akan mendapat keuntungan lebih besar berbanding dengan pemilik kedai sendiri kerana perbelanjaan operasi yang lebih rendah dalam mengendalikan kedai-kedai pemilik francais
- Mendapat manfaat daripada pengunaan jenama dan imej perniagaan yang telah pun diiktiraf.
- Jaminan kualiti yang konsisten
- Mengekalkan produktiviti yang tinggi/ kakitangan yang bermotivasi
- Mengurangkan risiko kegagalan kerana penggunaan produk yang terbukti dan rekod pencapaian yang baik
- Francais menawarkan bantuan awalan yang penting sebelum memulakan perniagaan:
-Program perasmian perniagaan
- Francais menawarkan sokongan yang berterusan:
-Pengiklanan dalam negeri dan peringkat serantau bagi prosedur dan pembantu operasi.
-Bantuan penyeliaan dan pengurusan
-Kuasa membeli yang tinggi, akses kepada pembelian secara pukal dan ekonomi ikut skala
- Pemfrancaisan membolehkan pemindahan teknologi dan kepakaran antara syarikat internasional dan syarikat tempatan. Ini dapat direalisasikan apabila sebuat pemfrancais internasional melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemegang francais induk bagi kawasan tertentu. Pemfrancais akan membantu pemegang francais tersebut dalam hal membangunkan syarikat-syarikat tempatan dalam bidang pengurusan perniagaan, system perniagaan, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, penjenamaan dan lain-lain.
- Pemegang francais tidak mempunyai banyak kuasa kawalan tentang produk dan perkhidmatan. Ini boleh mengakibatkan kualiti perniagaan berbeza antara kedai.
- Pemegang francais biasanya dikehendaki membayar sebahagian daripada hasil jualan kepada pemfrancais.
- Pemegang francais mungkin dikehendaki membayar bayaran awalan yang tinggi kepada pemfrancais. Ini boleh mengurangkan modal pusingan bagi pemegang francais.
Jenis Francais
- Francais Pengedaran Produk
- Francais Format Perniagaan dan
- Francais Pengurusan
- Membangunkan konsep francais
- Penyelidikan Pasaran
- Biasa dan faham tentang undang-undang dan peraturan tempatan
- Menyediakan latihan dan sokongan kepada pemegang francais
- Kriteria bagi memilih pemegang francais
- Kawalan ke atas pemegang francais
- Membekal produk dan bahan kepada pemegang francais
- Isu-isu hak harta intelektual, contohnya pendaftaran tanda perniagaan
- Keuntungan francais dan tempoh yang diperlukan bagi mendapat balik pelaburan
- Rekod prestasi pemfrancais
- Sokongan yang telah diberikan kepada pemegang francais lain
- Pengalaman dan keuntungan pemegang francais lain
- Adanya persaingan
- Modal yang diperlukan
- Perkara yang dikehendaki oleh pemfrancais, contohnya: unjuran pendapatan, dan jadual tarikh membuka kedai baru.
Kaitan Francaisor & Francaisi
- Yuran permulaan
- Bayaran royalti/Yuran pengurusan
- Modal yang diperlukan daripada pemegang francais
- Wilayah/ kawasan operasi
- Tempoh lesen dan pembaruannya
- Hak harta intelektual
- Penamatan / pembatalan
- Pemegang francais sebenarnya tidak mempunyai kebebasan yang mutlak. Ia mesti mematuhi terma dan syarat perjanjian francais yang telah ditanda tangani.
- Pemegang francais juga hendaklah membayar royalty dan yuran iklan selain daripada yuran permulaan tersebut.
- Pemegang francais seharusnya mampu mengimbangi sekatan dan bantuan yang diberikan oleh pemfrancais dengan kebolehan mengurus sendiri perniagaannya.
- Akibat prestasi yang kurang baik daripada pemegang francais lain atau jika pemfrancais mempunyai masalah kewangan, boleh menjejaskan imej atau system francais tersebut. Ini boleh mengakibatkan terputusnya aktiviti sokongan seperti pembekalan barangan dan perkhidmatan.
- Tempoh sesuatu francais itu adalah terhad dan pemegang francais tidak mempunyai banyak pilihan tentang penamatan francais tersebut.
- Tidak terlebih dahulu membaca, memaham dan/atau menyoal tentang perjanjian pemegang francais dan lain-lain dokumen rasmi.
- Tidak memahami tangungjawab pemegang francais dan hak dan obligasi pemfrancais.
- Tidak cuba mendapatkan nasihat peguam dan nasihat kewangan.
- Tidak mengesahkan taklimat lisan daripada pemfrancais
- Tidak terlebih dahulu menganalisa keadaan pasaran tempatan
- Tidak menganalisa persaingan
- Tidak meneliti prestasi dan latar belakang pemfrancais
- Tidak memilih lokasi yang paling sesuai
Kementerian Dan Agensi
Bahagian Pembangunan Francais
- Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
- Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
- Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise)
- Malaysian Franchise Association (MFA)
EKSPORT |
Apa & Mengapa
Tips Untuk Kejayaan Pengeksport
- Membuat persiapan untuk perniagaan eksport
Apabila kedudukan perniagaan anda dalam negeri sudah mantap bolehlah anda mula belajar asas perniagaan eksport. Ada banyak istilah dan konsep yang anda perlu faham. Walaubagaimanapun anda boleh mudah mendapat pertolongan dalam hal ini kerana ada banyak orang yang mahu menolong anda.
- Strategi eksport
- Peluang Perangkaian
- Penyelidikan pasaran
- Pemasaran eksport
- Melawat pasaran
- Pengurusan Risiko
- Mendapatkan bantuan kewangan
Penghantaran dan logistik
Menyediakan proses pengangkutan dan lojistik yang cekap adalah amat mustahak bagi kegiatan mengeksport yang baik. Kebanyakan pengeksport menggunakan syarikat pengangkutan bagi tujuan ini. Tetapi anda perlu juga membiasakan diri dengan perkara asas seperti istilah penghantaran, harga dan dokumentasi.
- Peluang jualan
- Isu perundangan
MATRADE
- Jika anda ingin berkunjung ke ibu pejabat MATRADE di Kuala Lumpur, alamatnya adalah seperti berikut:
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
- Atau anda boleh berkunjung ke pejabat-pejabat di luar negara atau pejabat serantau: MATRADE Overseas and Regional Offices
IMPORT |
Perancangan
Rancangan
Sebelum anda memulakan import barangan perkara yang pertama sekali anda harus buat ialah menganalisa kemungkinan perlaksanaannya dan terus mulakan merancang. Perancangan ini termasuk:
- mengenalpasti pasaran untuk produk yang akan diimport;
- mengenalpasti pembekal;
- mematuhi peraturan import Australia;
- mencari broker kastam;
- mengumpul sebut harga import;
- menentukan terma bayaran;
- mempelajari istilah perdagangan;
- menguruskan turun naik tukaran wang asing;
- memastikan cara pengangkutan; dan
- menentukan cara pengedaran dan membuat perjanjiannya.
Lesen Import Di Malaysia
Harga
Ada banyak kos tambahan yang terlibat semasa mengimport. Ini termasuk harga yang dikenakan oleh pengeksport, caj perlepasan kastam, kos pengangkutan, duti kastam, caj pelabuhan, insurans, caj pengasapan dan caj bank.
Mempelajari Istilah Pengeksport
- Ex-works: harga yang ditawarkan ialah harga daripada gudang penjual. Ia tidak termasuk kos pengangkutan dan kos insurans.
- FOB (Bebas atas Kapal) – bagi kapal laut atau terbang.
- FIS (Bebas dalam Stor) – jumlah harga invois.
- CIF (Kos, Insurans dan Fret) – kos tambahan kepada ex works atau FOB.
Garis Permohonan bagi Permohonan Lesen Import (AP)
- Matlamat garis panduan ini ialah untuk menerangkan prosedur dan syarat bagi mengeluarkan Lesen Import (AP) bagi sisa plastik di bawah kod tarif 39.15.
- Perintah larangan ke atas import sisa plastic dibawah kod tarif 39.15 telah dipindahkan daripada Jadual Pertama ke Jadual Ke Dua Bahagian 1, (Larangan Import) (Perintah Pindaan) 2008, Akta Kastam 1967 berkuatkuasa pada 1 Februari 2008.
- Import sisa plastik adalah dkenakan Lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).
- Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk kegunaan sendiri, atau,
- Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk pasaran tempatan dan eksport; atau
- Pengeluar yang mengimport sisa plastik yang telah di bersihkan dan boleh diguna terus sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran produk.
- Borang A
- Borang B
- Borang D
Bahagian Kawalan Import dan Eksport
Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Tingkat 2 Floor, Blok 10
Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
Tel: 03-6203 4817 (Pn Azrilah Abd. Aziz)
03-6203 4814 (En Azlan Shahid)
03-6203 5534 (En Ariffatri )
PENJENAMAAN |
Apa Itu Penjenamaan?
- Identiti jenama yang jelas
- Budaya jenama yang kukuh
- Mampu memberi pengalaman jenama yang bermakna
- Dapat melahirkan nilai emosi
- Dapat menjalinkan perhubungan yang bermakna
Manfaat Penjenamaan
- Membantu pencapaian ekonomi ikut skalar (bagi pembuatan dan pengedaran) selaras dengan penambahan permintaan.
- Mengurangkan kos pemasaran dan pengiklanan
- Menyediakan asas untuk pengembangan dalam dan luar negara di masa hadapan.
- Menggalakan pembezaan produk dan kesetiaan pelanggan
Pengalakan Penjenamaan
- Melahirkan satu jenama yang berkesan oleh Kementerian untuk pasaran tempatan dan luar negara. .
- Membantu untuk mempertingkatkan standard produk asas tani bagi pasaran antarabangsa.
- Memajukan amalan dan meningkatkan permintaan antarabangsa bagi produk asas tani.
- Untuk maklumat lanjut sila layari: www.famaxchange.org
- Paten
- Tanda dagangan
- Reka bentuk perindustrian
- Petunjuk geografi
- Reka bentuk susun atur Litar Bersepadu (IC)
- Hak cipta (copyright)
- Untuk maklumat lanjut sila layari: www.myipo.gov.my
PENSIJILAN |
Bagaimana Pensijilan Memberi Faedah
- Standard dapat membolehkan tindakan perundangan diambil bagi mengawal kualiti, melindungi pengguna dan memastikan kesihatan dan keselamatan.
- Standard dapat memastikan kesesuaian produk dan perkhidmatan mengikut tujuan asalnya
- Standard juga menggariskan keperluan minima bagi kualiti, kesihatan dan keselamatan termasuk hal-hal alam sekitar dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan
- Pematuhan kepada standard dapat memberi jaminan tentang keselamatan, kebolehpercayaan dan kualiti kepada pengguna ·
- Standard juga dapat memastikan keserasian, kesalingbolehtukaran dan saling kendali yang dapat menguntungkan pengguna
- Standard, sebagai dokumen konsesus dapat mencerminkan keperluan di peringkat nasional dan antarabangsa
- Istilah dan simbol yang digunakan dalam standard dapat membantu tentang pemahaman
- Standard bagi produk dapat memastikan reka bentuk yang baik dan penambaikan dalam kualiti produk
- Standard bagi produk juga menggalakkan penjimatan kos melalui berbagai rasionalisasi dan kesalingbolehtukaran kepada komponen, bahan dan amalan
- Standard bagi proses dapat membolehkan penambahbaikan dalam proses
- Kod amalan dapat menyediakan amalan-amalan baik dalam segala bidang pemasangan, pembinaan dll.
- Set ujian standard mengiktiraf tahap kebolehulangan dan kebolehulangan semula
- Standard yang kaya dengan sumber teknologi semasa dapat bertindak sebagai agen pemindahan teknologi
- Standard dapat meningkatkan persefahaman antara pembeli dan penjual dan juga dapat menawarkan penyelesaian kepada masalah berulang
- Standard dapat memudahkan komunikasi
- Penggunaan standard merupakan punca penting untuk merancang pembangunan industri
- Penggunaan standard akan membawa kepada manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung
- Standard dapat membantu dalam penggantian import dan promosi eksport
Pensijilan Produk
Peranan SIRIM-QAS International Sdn Bhd ialah bagi menjalankan kegiatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian. SIRIM QAS Sdn. Bhd. sebagai badan pensijilan yang terkemuka di Malaysia, telah berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan juga di luar negara. Perkhidmatan syarikat tersebut adalah mematuhi standard garis panduan antarabangsa.
Skim Pensijilan Produk
Skim tersebut dilaksanakan mengikut cara sama seperti Skim Pensijilan Produk. Skim tersebut adalah kos efektif walaupun ketiadaan standard nasional atau internasional bagi produk.Dalam keadaan tersebut produk boleh disahkan mengikut standard persatuan atau industri atau pun spesifikasi pelanggan yang dipersetujui..Yuran Pra Permohonan sebanyak RM200 dikenakan semasa memohon. Kemasukan ke skim tersebut akan diluluskan oleh Panel Pensijilan Antarabangsa SIRIM QAS.
Ini ialah satu konsep koordinasi dimensi dan ruang di mana bangunan dan komponen didimensikan dan tempatkan mengikut unit asas atau modul yang dipanggil ‘1M’ iaitu sama dengan 100 mm. Ia adalah diterima di peringkat antarabangsa oleh Organisasi Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO) dan banyak negara lain termasuk Malaysia.
Skim ini menawarkan pensijilan pihak ke tiga bagi produk dan berasaskan kepada sistem pensijilan ISO no 7, di mana satu kumpulan produk di uji dan sijil permatuhan dan/ atau label dikeluarkan untuk kumpulan tersebut. Pensijilan tersebut adalah berasaskan kepada Standard Malaysia, Standard Antarabangsa, atau standard luar negara kepunyaan satu organisasi standard kebangsaan.
Buat masa terkini SIRIM QAS International Sdn. Bhd sedang menjalankan pensijilan ke atas beberapa produk perlindungan kebakaran pasif seperti set pintu tahan kebakaran dan pintu roller shutter. Produk tersebut adalah disahkan sebagai sistem yang mengandungi komponen seperti daun pintu, rangka dan alat daripada besi. Mengikut sistem ini produk yang telah disahkan hendahlah dijual dengan komponen yang sama atau yang mempunyai gred yang lebih baik daripada yang telah diuji.
Matlamat utama skim EMC tersebut ialah bagi memastikan produk/kelengkapan elektrik dan elektronik adalah selamat dan tidak mengganggu operasi biasa peralatan lain. Dengan adanya skim tersebut yang menggunakan pensijilan pihak ke tiga yang bebas dan pengeluar boleh menggunakan tanda EMC.
Proses Pensijilan Produk
1. Pertanyaan
o Pemohon dikehendaki mengisi borang selidik dalam Pakej Permohonan dan menghantarnya ke SIRIM Qas International Sdn. Bhd. Berdasarkan kepada soal selidik tersebut satu sebut harga akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk diertimbangkan. Sebut harga tersebut akan dapat memberi anggaran tentang jumlah kos bagi pensijilan tersebut..
2. Permohonan
o Setelah sebut harga yang diberikan dipersetujui, pemohon dikehendaki menghantar borang permohonan (PCS/ FOR/01-2), Pengisytiharan Kelulusan daripada Pihak berkuasa yang Berkenaan (bagi pengeluar Malaysia sahaja), Pengisytiharan Kelulusan untuk Pendaftaran Tanda Niaga/ Jenama (PCS/FOR/01-3-1), maklumat tentang produk yang berkenaan + yuran + laporan ujian (jika boleh didapati).
3. Penilaian Dokumen
o SIRIM QAS International akan menjalankan Penilaian Standard/Reka bentuk produk.
4. Audit Kilang
o Ini ialah sati pemeriksaan untuk memeriksa kecukupan Pelan Kawalan Kualiti, kelengkapan ujian dan penentukuran dan sistem menyimpan rekod.
5. Pemilihan Sampel & Ujian
o Sampel produk akan dipilih secara rawak dan dihantar ke makmal bertauliah untuk ujian.
6. Proses Cadangan dan Kelulusan
o Panel Pensijilan akan menyemak dan meluluskan cadangan untuk pensijilan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Penasihat Pensijilan.
7. Pengawasan
o Pemeriksaan Berjadual dan ujian semula dijalankan bagi pematuhan yang berterusan. Sampel yang di ambil daripada pengeluaran atau pasaran terbuka akan diuji semula.
8. Pembaharuan
o Pembaharuan akan di buat berdasarkan kepada laporan kelulusan untuk pembahruan dan pembayaran yuran.