Bahasa: Lain-lain

 JKKP

 

Dasar KKP SME Corp. Malaysia telah digubal sebagai tanda komitmen SME Corp. Malaysia dalam memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja menjalankan tugas serta pengunjung yang hadir ke premis SME Corp. Malaysia. Berdasarkan keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta pematuhan ke atas Akta 514 bagi sektor awam, struktur tadbir urus telah diwujudkan bagi memastikan aspek KKP sentiasa dipantau dan diselenggara bagi memastikan premis SME Corp. Malaysia dapat menyediakan persekitaran yang harmoni, selamat dan sihat.

Bagi mendokong komitmen ini, panduan am dalam pengurusan KKP di tempat kerja telah dikeluarkan sebagai satu pelan KKP SME Corp. Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab dan tatakelola sebagai Badan Berkanun. Berlandaskan dasar yang jelas yang meliputi pelbagai aspek KKP, pelan ini diharap dapat membantu dalam memastikan kecekapan dan produktiviti pekerja sentiasa berterusan, dan dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan SME Corp. Malaysia kepada pemegang taruh.

 

Muat turun Panduan Am Pengurusan KKP SME Corp. Malaysia [PDF]

 

 

 

< back >


farmfresh

 

Farm Fresh merupakan jenama peneraju bagi susu tenusu di Malaysia. Menerusi Projek Pembangunan Usahawan IB Farm Fresh, syarikat menyasarkan 30 peserta dalam kalangan komuniti inklusif di sekitar Lembah Klang, Selangor. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa ibu tunggal, suri rumah dan golongan B40 untuk menjadi Home Dealer (sebagai penjual langsung dan/atau menerusi ejen rangkaian mereka) di kawasan yang disasarkan. Di bawah inisiatif ini, para peserta dilengkapi dengan latihan, pemantauan, stok awal dan kit pemula termasuk pendingin (chiller).

Sepanjang projek ini, Farm Fresh Berhad selaku SP-IB yang dilantik berperanan untuk menyelia jualan peserta yang akhirnya berkembang menjadi pengedar produk susu UHT dan susu pasteur segar Farm Fresh untuk menjana pendapatan. Usaha yang berterusan dalam meningkatkan taraf hidup komuniti terpinggir ini telah mengangkat Farm Fresh Berhad sebagai syarikat Malaysia yang pertama dianugerahkan dengan ASEAN Business Awards 2020 (ABA 2020) di bawah kategori IB

 

< back >

chanteek borneo
Selepas memenangi anugerah “Promising Woman Entrepreneur Award” pada tahun 2021, Anne Antah, pengasas Chanteek Borneo mula mengejar impiannya untuk memelihara pakaian etnik Sabah dengan menghasilkan rekaan tekstil bermotifkan etnik Sabah. Dari cetakan tekstil kepada pakaian sedia untuk dipakai, beliau telah menerapkan rekaan bermotifkan etnik Sabah. Walaupun Chanteek Borneo mengiktiraf permintaan yang semakin meningkat ia juga mengakui cabaran untuk memenuhi permintaan tersebut disebabkan kekangan tenaga tukang jahit.


Lanjutan daripada itu, Anne mengambil inisiatif untuk mengupah surirumah yang mempunyai kemahiran menjahit untuk memenuhi permintaan bagi pakaian siap untuk dipakai. Inisiatif ini dapat membantu surirumah menjana pendapatan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Selepas menempa kejayaan daripada pelaksanaan inisiatif ini, beliau mempelopori “Projek IB Rekaan Motif Etnik Sabah” pula yang mana ia akan memberi manfaat kepada 40 surirumah dari Manggatal, Tebobon dan Tamparuli menerusi tempahan jahitan.

 

 

C1

 

C2

 

C3

 

C4

 

C5

 

C6

      

< back >


KAF Rabbitaries memulakan penternakan Arnab setelah mendapati daging arnab semakin mendapat tempat di dalam industri ternakan berbanding ternakan ayam dan itik. Matlamat projek ini adalah untuk mengekang kebergantungan terhadap pasaran pekerjaan yang tidak menentu dan mencabar selepas Covid. KAF mengenalpasti peserta dari Daerah Muallim yang terdiri daripada komuniti B40, luar bandara dan kampung yang berusaha untuk meningkatkan sumber pendapatan. Projek ini juga merupakan sumber pendapatan alternatif bagi mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat. KAF menawarkan skim pembelian balik kepada peserta yang menyertai projek ini. Antara pakej bantuan ialah sangkar arnab, benih dan makanan. KAF akan memproses daging arnab tersebut bagi pengeluaran satay, serunding, rendang dan daging salai.

 

 

R1

 R2

 R3

  

R4

 R5

 R6

      

< back >

 

logoGK

GK Aqua Sdn. Bhd. memacu projek induk akuakultur yang mengaplikasi kaedah bioteknologi dalam penternakan udang galah air tawar yang memberi hasil tuaian yang tinggi. Projek ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti inklusif di sekitar Daerah Kuala Pilah menerusi penjanaan pendapatan lumayan melalui penternakan udang galah air tawar. GK Aqua mengenalpasti usahawan akuakultur yang sudah mempunyai kolam untuk menyertai projek ini. Mereka kan menerima latihan, benih udang galah sebagai kit permulaan. GK Aqua akan membuat pembelian semula darpada mereka dengan harga yang telah ditetapkan bagi memastikan usahawan-usahawan menerima pendapatan yang tetap dan konsisten.

 

 

GK1

 

GK2

 

GK4

 

GK5

 

GK3

 

GK7

      

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI