Assalamualaikum,
Tuan/puan,
Adalah saya diarah untuk merujuk kepada perkara tersebut diatas.
Seperti tuan / puan sedia maklum, kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) telah tamat pada 31 Oktober 2019 (Khamis) yang lalu.
Memandangkan status penyempurnaan sangat mendukacitakan, Pihak Pengurusan telah bersetuju melalui Mesyuarat Pengurusan Bil. 19/2019 untuk melanjutkan tempoh melaksanakan/mengikuti EPSA sehingga 30 November 2019. Dilampirkan adalah status penyempurnaan oleh semua Bahagian/Seksyen/Unit/Pejabat Negeri untuk rujukan.
Untuk makluman, hanya Pejabat Negeri Trengganu sahaja yang telah menyempurnakan EPSA secara LENGKAP.
Sekian, terima kasih