Assalamu'alaikum & Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,
Terima kasih atas sokongan tuan/puan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab SME Corp. Malaysia.
Bagi mengurangkan ketegangan dalam menghadapi kerja-kerja seharian, Kelab SME Corp. Malaysia berbesar hati menjemput tuan/puan untuk bersama-sama merasai keseronokan dan cabaran menunggang ATV di Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Pengembaraan di laluan yang mencabar dengan menunggang ATV selama hampir 3 jam pastinya menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Berikut adalah perincian program yang dirancang;
Tarikh : 28 Mac 2020 (Sabtu)
Masa : 9 pagi - 2 petang
Lokasi : ATV Adventure Park (laluan bersebelahan pintu masuk Zoo Negara)
Bayaran : RM85 (harga sebenar RM150)
Pakej : - Menunggang ATV menuju ke Air Terjun Sofea Jane
- Makanan ringan
Penyertaan adalah terhad kepada 15 orang kakitangan SME Corp. Malaysia sahaja.
Jika tuan/puan berminat untuk menyertai program ini, sila maklumkan kepada saya beserta bayaran sebanyak RM15 untuk mengesahkan tempat dan baki sebanyak RM70 dibayar sebelum 26 Mac 2020.
Jom beriadah sambil mengeratkan ukhuwah. Semoga ia diangkat sebagai ibadah dalam hidup kita.
Sekian, terima kasih.