< back >
Rodrell Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai Komuniti Tukang Jahit (KTJ) secara komersil, telah menjadi peneraju dalam memperkasa komuniti wanita dengan kemahiran menjahit. Komuniti wanita ini diberikan latihan bagi membolehkan mereka merekacipta cenderahati korporat dan juga barangan buatan tangan. Sebaik Sahaja mereka menamatkan latihan dan memperolehi kemahiran yang berkaitan, Rodrell Sdn. Bhd. akan mengagihkan projek dalam bentuk tugasan kepada komuniti ini bagi menyiapkan tempahan. Projek-projek seperti ini mewujudkan satu lagi sumber bagi penjanaan pendapatan untuk isi rumah dan seterusnya mengeluarkan mereka dari tampuk kemiskinan.