Bahasa: Lain-lain

SME WEEK 2014 / MINGGU PKS 2014

Minggu PKS adalah satu program tahunan yang merupakan inisiatif di bawah Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia. Minggu PKS yang berlangsung di seluruh Negara, dianjurkan pada minggu keempat bulan Jun setiap tahun, bermula pada tahun 2012. Pada tahun ini, Minggu PKS 2014 akan berlangsung pada 21-27 Jun 2014.

Penganjuran Minggu PKS di seluruh Negara melibatkan kerjasama semua Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pembangunan PKS. Ianya juga melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak swasta, Persatuan & Dewan Perniagaan serta Institusi Kewangan.

Selaku Agensi Penyelaras Pusat PKS, SME Corp. Malaysia adalah Urusetia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Minggu PKS.

OBJEKTIF PENGANJURAN

Minggu PKS dianjurkan bagi memberi pengiktirafan akan pentingnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai tulang belakang ekonomi Negara.

Penganjuran Minggu PKS bertujuan untuk:

mempromosikan secara besar-besaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKS
meningkatkan kesedaran tentang produk dan perkhidmatan PKS
memupuk budaya keusahawanan di kalangan generasi muda
menjadi platform bagi menyebarkan maklumat kepada PKS dan orang awam
PELANCARAN

Pelancaran Minggu PKS peringkat Kebangsaan akan disempurnakan oleh Y.B Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 21 Jun 2014.

Pelancaran rasmi di peringkat negeri:

Johor Bahru - 14 Jun 2014
Pulau Pinang – 16 Jun 2014
Negeri Sembilan – 21 Jun 2014
Pahang – 26 Jun 2014
Terengganu – 26 Jun 2014
Sarawak – 23 Jun 2014
AKTIVITI DI SELURUH NEGARA

Sebanyak 102 aktiviti telah diatur untuk dilaksanakan di seluruh Negara sepanjang Minggu PKS 2014 berlangsung.

Event Date:
Saturday, June 21, 2014 to Friday, June 27, 2014

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI