Bahasa: Lain-lain

Tingkatkan produktiviti dan percepatkan pertumbuhan perniagaan anda untuk menjadi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. SME Corp. Malaysia menggalakkan pembangunan Perusahaan Mikro melalui program yang tertumpu dengan pendekatan bersepadu dan bantuan serta bimbingan rapi bagi membantu meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka.   

 Definisi Perusahaan Mikro

KATEGORI
PERUSAHAAN MIKRO
Pembuatan Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.



Mulakan perjalanan keusahawanan anda.

SME Corp. Malaysia menyediakan bantuan dan sokongan untuk perniagaan baru mula di pelbagai peringkat pertumbuhan dan berusaha untuk mewujudkan lanskap perniagaan baru mula yang bersemangat dan bertenaga di mana perniagaan baharu yang inovatif boleh berkembang maju secara mampan.

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. 
 

 

SME Corp. Malaysia bermula pada 2 Mei 1996, apabila sebuah agensi khusus telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan sokongan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan pelbagai program sokongan yang lain. Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), matlamatnya adalah bagi membangunkan IKS Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.

 

Pada tahun 2004, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah ditubuhkan bagi memastikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia secara menyeluruh dan terselaras. Sebagai badan pembuat dasar tertinggi bagi keseluruhan pembangunan PKS, peranannya adalah untuk menggubal strategi bagi pembangunan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi; menyelaras program PKS yang dilaksanakan oleh Kementerian dan agensi berkaitan; menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta; dan memastikan keberkesanan pelaksanaan keseluruhan program PKS di negara ini. Inisiatif di bawah MPPK termasuk meningkatkan akses kepada pembiayaan; penyusunan semula kewangan; penyelarasan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan pemasaran; dan pangkalan data PKS yang menyeluruh bagi memantau kemajuan PKS merentasi kesemua sektor ekonomi.

 

Pada tahun 2007, MPPK telah memutuskan untuk membentuk sebuah agensi yang khusus bagi menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan agensi. SMIDEC telah ditugaskan untuk memikul peranan ini dan ia telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009. Sementara itu, dengan lebih penekanan kini diberikan terhadap pembangunan keusahawanan, MPPK telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK) pada 8 April 2019.

 

SME Corp. Malaysia telah diwartakan sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada November 2018; yang kini telah dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Kini, SME Corp. Malaysia bersedia untuk merealisasikan visinya sebagai organisasi unggul negara ini yang menerajui pembangunan PKS yang progresif bagi meningkatkan penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan sosial negara. Dalam memenuhi misinya untuk menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya tahan dan berdaya saing menerusi penyelarasan dan penyediaan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan, SME Corp. Malaysia gigih berusaha untuk memperkasakan kelompok penting PKS dengan proses yang cekap, model perniagaan yang kental, akses kepada sumber kewangan, perkongsian pintar, strategi kemasukan pasaran dan penyelesaian pertumbuhan yang mampan, menerusi pelbagai platform dan program untuk pembangunan PKS dan usahawan.

 

SME Corp. Malaysia berfungsi sebagai pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat untuk PKS di seluruh negara. SME Corp. Malaysia menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PKS dan usahawan menerusi Hab PKS yang terletak di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur, dan 12 Pejabat Negeri di seluruh negara.  

 

Di samping itu, SME Corp. Malaysia turut melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di bawah naungannya, termasuk program teras tahunannya: seperti Pameran Tahunan PKS (SMIDEX), Anugerah Enterpris 50 (E50) dan Minggu Keusahawanan dan PKS.

 

Sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) bagi pembangunan PKS secara keseluruhan di Malaysia, SME Corp. Malaysia menyelaras, memperkemas, memantau dan menilai kemajuan dan keberkesanan program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 13 kementerian, 5 agensi tunggal, 45 agensi dan 10 agensi kerajaan negeri. Maklumat yang dikumpulkan daripada Kementerian dan agensi yang berkaitan diterbitkan secara tahunan dalam bentuk laporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA).

 

1. What are SME Corp. Malaysia’s roles and functions?

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) is the central coordinating agency (CCA) under the Ministry of Entrepreneur & Cooperatives Development (MECD) that coordinates the implementation of development programmes for small and medium enterprises (SMEs) across all related Ministries and agencies. It acts as the central point of reference for research and data dissemination on SMEs and entrepreneurs, as well as provides business advisory services for SMEs and entrepreneurs throughout the country.

 

Roles and Functions

  1. One-stop collection and reference center for MSME information and advisory services
  2. Coordination of MSME development programmes
  3. MSME Economic assessment
  4. MSME accreditation
  5. Business development and support programmes
  6. Access to domestic and international markets

 

2. What is the definition of SMEs?

Please refer here for more details.

 

3. What are the activities defined under manufacturing-related services?
Manufacturing-related services:

  • Engineering support services such as calibration, electroplating, machining, heat treatment, metal casting, metal forging
  • Specialised services such as warehousing, bulk breaking, international procurement centre, haulage
  • Maintenance and repair of factory machinery and equipment
  • Software development
  • Automation of production line
  • Designing houses
  • Packaging services


4. Apart from grants, what are other financing facilities offered by the Government?
Loans are also offered by the following institutions:

  • Bank Pertanian Malaysia
  • SME Bank
  • Malaysian Industrial Development Finance Bhd.
  • Bank Simpanan Nasional

5. Which Ministries and agencies are also involved in the development of SMEs?

List of Ministries:

Ministry of Entrepreneur & Cooperatives Development (MECD)
• Economic Planning Unit (EPU)
• Ministry of Agriculture and Food Industries (MAFI)
• Ministry of Communications and Digtal
• Ministry of Finance (MOF)
• Ministry of Higher Education (MOHE)
• Ministry of Local Governance Development (KPKT)
• Ministry of Human Resources (MOHR)
• Ministry of International Trade and Industry (MITI)
• Ministry of International Trade, Industry and Investment (MINTRED)
• Ministry of Plantation and Commodities (MPIC)
• Ministry of Rural Development (KPLB)
• Ministry of Science, Technology and Innovation of Malaysia (MOSTI)
• Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC)
• Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM)
• Ministry of Youth and Sports (KBS)
• Ministry of Industrial Development & Entrepreneurship (MIDE)

 

List of Agencies:

• Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
• Bank Negara Malaysia (BNM)
• Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
• Federal Land Development Authority (FELDA)
• Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
• Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
• Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
• Imstitut Keusahawanan Negara (INSKEN)
• Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
• Professional Training & Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ)
• Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
• SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
• Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
• TEKUN Nasional (TEKUN)
• UDA Holdings Berhad
• Johor Corporation (JCorp.)
• Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
• Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
• Department of Veterinary Services Sarawak
• Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA)
• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
• Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
• Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)
• Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp.)
• Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
• MYNIC Berhad
• Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
• Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
• Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
• Halal Development Corporation Berhad (HDC)
• Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
• Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE)
• Malaysia Productivity Corporation (MPC)
• Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
• SIRIM Berhad (SIRIM)
• Sarawak Economic Development Corporation (SEDC)
• Malaysian Cocoa Board
• Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
• Malaysian Pepper Board (MPB)
• Malaysian Rubber Board (LGM)
• Malaysian Timber Industry Board (MTIB)
• National Kenaf and Tobacco Board
• Felcra Berhad
• Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
• Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
• Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
• Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
• Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)
• Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle)
• Kumpulan Modal Perdana Sdn. Bhd.
• Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV)
• Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
• NanoMalaysia Berhad
• Technology Park Malaysia (TPM)
• Malaysian Handicraft Development Corporation (MHDC)
• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
• Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
• Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (JPPP)
• Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
• Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)
• Sabah State Government (SABAH STATE)

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI