Bahasa: Lain-lain

SMEs’ contribution to Exports

 

Contribution of SMEs to Overall Export (%) and Annual Growth SME Export (%)

table export

e: estimate
p: preliminary

 

sme export

 

e: estimate
p: preliminary

Sources: Department of Statistics Malaysia (DOSM) and SME Corp. Malaysia

SMEs’ contribution to Employments

Contribution of SMEs to Overall Employment (%) and Annual Growth SME Employment (%)

table employment

e: estimate
p: preliminary

 

sme employment

e: estimate
p: preliminary

Sources: Department of Statistics Malaysia (DOSM) and SME Corp. Malaysia

 

 

Berdasarkan maklumat terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, PMKS merangkumi 96.9% (1,101,725 firma) daripada jumlah keseluruhan pertubuhan di Malaysia pada tahun 2023. Terdapat pertambahan lebih daripada 190,000 firma berbanding 907,065 PMKS pada tahun 2015, menjadikan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh ini.

 

M1

 

Dari segi pecahan dalam sektor ekonomi utama, sektor perkhidmatan secara konsisten merangkumi lebih daripada 80% daripada semua PMKS sepanjang tempoh tersebut. Bagi profil PMKS 2023 yang terkini, sektor perkhidmatan merangkumi 83.9% yang terdiri daripada 924,170 firma. Sektor pembinaan pula kekal sebagai penyumbang kedua terbesar dengan 9.3% (102,657 firma). Sementara itu, sebanyak 5.4% PMKS (59,316 firma) terlibat dalam sektor pembuatan, diikuti dengan 1.2% (13,099 firma) dalam sektor pertanian, dengan baki 0.2% (2483 firma) dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

 

M2

 

Dari segi saiz perniagaan, majoriti PMKS merupakan perusahaan mikro, membentuk 69.7% (767,421 firma) daripada jumlah keseluruhan PMKS di Malaysia. Sementara itu, firma bersaiz kecil mencakupi 28.5% (314,465 firma) dan firma bersaiz sederhana meliputi baki 1.8% (19,839 firma).

 

M3

 

Dikemas kini: Ogos 2024
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

 

 

 

Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna pakai oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS.

Memandangkan terdapat pelbagai perubahan dalam ekonomi seperti inflasi harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan sejak tahun 2005, satu kajian semula definisi telah dilakukan pada tahun 2013. Mesyuarat MPPK ke-14 pada bulan Julai 2013 telah meluluskan definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian.

Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:

  • Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
  • Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Definisi terperinci mengikut kategori iaitu mikro, kecil dan sederhana adalah seperti berikut:

 

 sme def BM

 

Di bawah definisi baharu, PKS hendaklah merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Malaysia Timur. Walau bagaimanapun, definisi ini tidak termasuk:

  • Entiti tersenarai awam yang berada di papan utama; dan
  • Subsidiari bagi:
    • Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
    • Syarikat multinasional (MNCs);
    • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),
    • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
    • Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk, Garis Panduan Definisi Baharu PKS.

 

Sumber: SME Corp. Malaysia 

 

 



Small and medium enterprises (SMEs) have long been recognised as the backbone of the Malaysian economy. The latest statistics from the Economic Census 2011: Profile of SMEs, conducted by Department of Statistics, Malaysia (DOSM) indicates a total of 645,136 SMEs operating in Malaysia, representing 97.3% of the total business establishments in 2010. The majority of SMEs are operated in the services sector (90%), followed by manufacturing (6%), construction (3%), agriculture (1%) and the remaining 0.1% are found in the mining and quarrying sector.

 

As the important generator of growth and employment, SMEs contributed close to 36% of the country’s gross domestic product (GDP) in 2014. SMEs’ shares to total employment and exports of the country are 65% and 17.8% respectively.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI