1. Program ini dilaksanakan oleh MITI melalui SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis Perundingan Melayu (MPM). Objektif Program ini adalah:
(i) membangunkan Bumiputera berprestasi tinggi bagi meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan ekuiti; dan
(ii) mewujudkan lebih banyak syarikat Bumiputera bersaiz besar yang boleh membantu PKS Bumiputera lain khususnya dalam peluang perniagaan, pekerjaan dan pemilikan harta milikan Bumiputera.
2. Program ini melibatkan Sesi Pitching dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berpotensi bagi mendapatkan kontrak perolehan. Antara elemen penilaian adalah senario perniagaan semasa dan analisis SWOT serta strategic business plan & initiatives (towards EPP). Syarikat yang telah mengikuti Sesi Pitching boleh mendapatkan Coaching daripada Panel MPM yang telah dikenalpasti sama ada daripada aspek kewangan atau pasaran atau perkara lain yang berkaitan.