Latar Belakang Program
Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh SME Corp. Malaysia yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan serta memberi bimbingan kepada PKS untuk mengeksport. Pelaksanaan inisiatif ini dijalankan oleh Mentor Eksport (ME) yang dilantik.
Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI)
Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) ini dikeluarkan adalah bagi mempelawa syarikat penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon sebagai Mentor Eksport (ME).
Peranan Mentor Eksport (ME)
Melaksanakan latihan dan bimbingan kepada PKS yang berkelayakan berdasarkan komponen berikut:
- Komponen 1: Penilaian Firma
Menilai dan menyaring PKS serta produk atau perkhidmatan yang berpotensi dan berdaya maju untuk eksport, dengan mengambil kira keupayaan eksport syarikat dan kesediaan komersilnya. - Komponen 2: Latihan dan Bimbingan Eksport
Memberi latihan dan bimbingan eksport berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan PKS untuk menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan. Keutamaan diberikan kepada negara di ASEAN, Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Selatan. - Komponen 3: Aktiviti Penerokaan Pasaran
Melaksanakan aktiviti penerokaan pasaran yang dapat membantu produk dan perkhidmatan PKS menembusi pasaran antarabangsa yang disasarkan. - Komponen 4: Pemantauan dan Laporan Penilaian Keberkesanan
Memantau perkembangan serta melaporkan prestasi PKS yang dibimbing kepada SME Corp. Malaysia secara berkala.
Syarat Kelayakan Mentor Eksport (ME)
Syarikat yang dilantik sebagai ME perlu memenuhi kriteria berikut:
- Entiti yang berdaftar di Malaysia yang terdiri daripada Sdn. Bhd., Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Perniagaan dan Koperasi, yang sah dan mempunyai pengalaman dan kepakaran melaksanakan projek eksport berkaitan;
- Mempunyai Penyata Kewangan Beraudit (Registrar of Companies Malaysia – ROC) atau Penyata Kewangan yang disahkan bagi Jabatan Pendaftaran Malaysia (Registry of Societies of Malaysia – ROS) untuk 2 tahun terkini; dan
- Keutamaan diberikan kepada entiti yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjalankan program pembangunan eksport atau aktiviti berkaitan penerokaan pasaran eksport sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Pembukaan Pelawaan
- Pelawaan dibuka kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang berminat dan memenuhi kelayakan sebagai Mentor Eksport (ME) di bawah Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport
- Syarikat yang berminat adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen lengkap secara hardcopy sebelum 7 Februari 2025:
- Mengemukakan Borang Pelawaan Tunjuk Minat (Expression of Interest (EOI)) beserta dokumen yang lengkap sebelum 7 Februari 2025 menerusi pautan berikut: https://forms.office.com/r/N8pkHGd6Ji
- Dokumen pendaftaran syarikat (ROC/ROS atau mana-mana Badan berkaitan)*;
- Penyata kewangan beraudit untuk 2 tahun terkini (dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris)*;
- Profil syarikat dan pasukan pelaksana.
“*” - Dokumen perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
Nota:
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput ke Sesi Taklimat Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) yang akan diadakan oleh SME Corp. Malaysia (akan diumumkan kelak selepas tarikh tutup permohonan EOI)
- Tarikh tutup permohonan adalah 7 Februari 2025.
Sila kemukakan borang permohonan beserta dokumen lengkap secara hardcopy kepada Urus Setia di alamat:
Urus Setia Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME)
Bahagian Akses Pasaran dan Pengantarabangsaan
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SME Corp. Malaysia berhak memilih atau menolak sebarang penyerahan EOI. Syarikat dengan EOI yang berpotensi akan dipertimbangkan untuk menghadiri sesi taklimat Program Pengukuhan Eksport PKS dan seterusnya dijemput ke sesi Pitching. Pemilihan akhir akan dibuat oleh Jawatankuasa Kelulusan Program Pengukuhan Eksport PKS.
SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa dan subjek kepada persefahaman dengan ME tanpa pemberitahuan kepada siapa pun, dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program.
Terima kasih.
PENAFIAN:
Dokumen ini diedarkan untuk tujuan pelawaan tunjuk minat Program Pengukuhan Eksport PKS – Inisiatif Mentor Eksport (ME) 2025 sahaja. Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada mana-mana pihak dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. SME Corp. Malaysia juga berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
AMARAN:
Mengemukakan sebarang maklumat palsu atau meragukan bagi tujuan menipu atau mengelirukan SME Corp. Malaysia merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang pemberian faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan oleh pemohon.
Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai jururunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik jururunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan sedemikian merupakan satu kesalahan yang serius. Sekiranya anda berhadapan dengan sebarang isu atau mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Info (03-9213 0077).