Bahasa: | Lain-lain |
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) ingin menarik perhatian pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia untuk mengisi Borang Penilaian Prestasi Tahunan untuk Tahun 2017. Oleh yang demikian, bagi proses penyediaan Borang Penilaian Prestasi ini,
i. Semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) hendaklah melengkapkan borang tersebut serta berbincang bersama Pegawai Penilai Pertama (PP1). Setelah itu, Pegawai Penilai Pertama (PP1) perlu menyerahkan Borang Penilaian Prestasi 2017 yang telah lengkap kepada Pegawai Penilai Kedua (PP2) pada atau sebelum 14 November 2017
ii. PP2 pula perlu mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Pengarah Bahagian masing-masing pada atau sebelum 28 November 2017 ; dan
iii. Pengarah Bahagian pula perlu menyerahkan Borang Penilaian Prestasi bahagian masing-masing kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan pada atau sebelum 8 Disember 2017.
Bagi tuan/puan yang telah bertukar penempatan, penilaian tuan/puan akan dinilai oleh Pegawai Penyelia tuan/puan di penempatan yang paling lama tempoh berkhidmat sebelum berlaku pertukaran.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Tingkat 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my