Assalamua'laikum wbt dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan/Cik,
Permohonan Sumbangan Untuk Keperluan Bulanan Pusat Jagaan Kasih Ilahi
Dengan segala hormatnya saya di arah untuk merujuk kepada perkara di atas.
2. Ingin dimaklumkan bahawa SME Corp. Malaysia telah menerima permohonan daripada Pusat Jagaan Kasih Ilahi untuk membuat sumbangan bagi membantu membiayai pelbagai keperluan dan perbelanjaan bulanan terutamanya keperluan persekolahan, penginapan, makan dan minum serta rawatan kesihatan. Pusat kebajikan yang mula beroperasi pada tahun 2013 ini berfungsi menjaga dan mendidik anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak asnaf zakat seramai 45 orang. Anak-anak yang ditempatkan di PJKI terdiri daripada anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun, lelaki dan perempuan.
3. Oleh yang demikian, semua warga SME Corp. Malaysia yang berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh menyalurkan sumbangan atas nama
1) Pusat Jagaan Kasih Ilahi - Bank Rakyat 113951001940
2) Pusat Jagaan Kasih Ilahi - CIMB 8603477002
4. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu Pusat Jagaan Kasih Ilahi menampung perbelanjaan anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak asnaf zakat bagi memberikan kehidupan yang lebih selesa. Sebarang pertanyaan tuan/puan/cik boleh menghubungi Puan Aisyah Yahaya di talian 013-3050130 atau Puan Juwairiah di talian 013-2068005.
Sekian, terima kasih.