Assalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Bahasa: | Lain-lain |
Assalamua'laikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa 31 Disember 2019 adalah tarikh akhir penerimaan Borang LNPT dari setiap Bahagian/Seksyen.
Walau bagaimanapun, setakat hari ini, Seksyen HCD hanya telah menerima 185 salinan fizikal Borang LNPT, berbanding 311 salinan sepatutnya.
Selaras dengan pernyataan di atas, Bahagian/Seksyen yang belum menyerahkan salinan fizikal Borang LNPT dikehendaki berbuat demikian sebelum atau pada 13 Januari 2020 (Isnin), tanpa sebarang alasan dan penangguhan.
Sila ambil perhatian, kelewatan dan/atau gangguan dalam kerja-kerja perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan penilai pencapaian prestasi pegawai/kakitangan bagi tahun 2019 akan menyebabkan pihak Pengurusan tidak dapat mengambil tindakan dan keputusan dalam kadar masa yang sewajarnya, berkaitan dengan pergerakan gaji, pemberian pengiktirafan (reward and award), pembangunan dan kemajuan kerjaya.
Sekian, terima kasih.
Meor Shahril Isma Meor Abdullah
Seksyen Pembangunan Modal Insan (HCD)
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa SME Corp FC telah mendapat jemputan menyertai perlawanan bolasepak persahabatan seperti berikut;
Perlawanan : SME Corp FC vs Pusat Pungutan Zakat WP (PPZ)
Tarikh/Hari : 9 Januari 2020 / Khamis
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Padang KLFA, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Sehubungan dengan itu, semua warga SME Corp Malaysia adalah dijemput untuk menyertai pasukan bolasepak SME Corp FC dan juga untuk menyaksikan perlawanan ini.
Sekian, terima kasih,
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan,
Peringatan Mesra.
Tuan / Puan yang ingin membatalkan potongan gaji mulai bulan Januari 2019, Borang Pemulangan Tempat Letak Kenderaan perlu dihantar ke Unit Logistik, CMD pada hari ini selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Ingin dimaklumkan bahawa kerja - kerja kawalan serangga (misting) akan dilaksanakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 30 Disember 2019 (Isnin)
Masa : 7.00 malam
Lokasi : Blok B dan Blok C
SME Corp. Malaysia
3. Sehubungan dengan itu, adalah dipohon kerjasama tuan / puan agar tidak berada di kawasan pejabat pada waktu tersebut dan memastikan sebarang peralatan berharga disimpan/dikunci di tempat yang selamat sepanjang kerja-kerja kontraktor dijalankan. Wakil dari Unit Pentadbiran dan juruteknik akan turut memantau segala kerja yang dilaksanakan.
Segala kerjasama dan keperihatinan tuan/puan berhubung perkara tersebut didahului dengan ucapan terima kasih.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)
Tingkat 6, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my